Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata facebook


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk "admin facebook"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah admin Facebook ialah pentadbir Facebook. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.12.2022
Adakah facebook memerlukan tanda petik dalam penulisan? ("facebook") Yang mana betul : Contohnya, Sebagai contoh, Sebagai contohnya.Facebook ialah kata nama khas yang dipinjam dan dikekalkan ejaannya dalam bahasa Melayu. idak perlu penggunaan sebarang tanda baca dalam penulisan Facebook.Ejaan17.07.2012
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 1. "Facebook post"(noun/kata nama) 2. Tweet(noun/kata nama) 3. Tweet(verb/kata kerja) 4. facebook highlights(noun/kata nama) 5. instagram story (noun/kata nama)Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Facebook post ialah hantaran Facebook, tweet
ialah twit, tweeting ialah mentwit, Facebook highlights ialah sorotan Facebook dan Instagram story ialah cerita Instagram. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah03.09.2022
Salam sejahtera, saya ada soalan. Yang manakah tepat? "Di Facebook" atau "Pada Facebook". Saya agak keliru dengan penggunaan kata sendi nama "di" dan "pada", lebih-lebih lagi penggunaannya dalam bidang teknologi maklumat. Mohon berikan sedikit penerangan. Terima kasih.

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada+ pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Penggunaan yang betul ialah “melalui”. “Melalui” berfungsi sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui Facebook.

Lain-lain19.10.2021
Bolehkah perkataan facebook diberi imbuhan seperti berfacebook ?Facebook ialah kata nama khas yang mempunyai pelbagai komponen di dalamnya. Dalam bahasa percakapan kata berfacebook antaranya merujuk kepada perbuatan seseorang yang menggunakan komponen facebook untuk bersembang di ruang maya. Walau bagaimanapun dalam situasi rasmi kata berfacebook tidak digunakan dan hendaklah digantikan dengan kata lain untuk merujuk kepada pengaplikasian komponen facebook yang dilakukan. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu kami cadangkan masyarakat menggunakan bahasa yang baku sama ada dalam urusan rasmi ataupun tidak rasmi.Tatabahasa13.12.2010
Adakah DBP membuat terjemahan untuk perkataan 'facebook' ?

Perkataan facebook dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu kerana facebook merupakan kata nama khas sama sperti Internet.

Istilah10.04.2010
Apakah terjemahan tepat kepada istilah " Facebook " ? Sekian, terima kasih.

Perkataan 'Facebook' dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu kerana 'Facebook' merupakan kata nama khas, sama seperti Internet.

Istilah12.11.2011
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan tentang terjemahan yang betul untuk ayat berikut: Please transfer your data from Facebook to Google. 1. Sila pindahkan data anda dari Facebook ke Google. 2. Sila pindahkan data anda daripada Facebook kepada Google. Sekian terima kasih.Padanan terjemahan yang sesuai ialah "Sila pindahkan data anda daripada Facebook kepada Google".Penyemakan dan penterjemahan29.11.2019
Adakah betul jika saya terjemahkan "The most like Facebook page in Malaysia (14 million likes)" kepada "Halaman Facebook paling disukai di Malaysia (14 juta sukaan)"?

Kami mencadangkan padanan "Laman Facebook paling disukai di Malaysia (dengan 14 juta tanda suka)"

Penyemakan dan penterjemahan03.07.2023
Apakah yang istilah yang sesuai untuk aplikasi komputer seperti Facebook,Wikipedia ,google dan sebagainya. Adakah istilah-istilah yang berbeza untuk penggunaan yang berlainan? Apakah nama panggilan untuk Facebook. Laman web? Laman sosial? Penggunaan? Applikasi?Untuk makluman puan, Facebook, Twitter, Instagram dan seumpamanya merupakan laman sosial manakala Google, Yahoo ialah nama enjin carian yang digunakan untuk carian maklumat dalam dunia teknologi maklumat. Istilah-istialh tersebut merupakan aplikasi yang dibangunkan atau dicipta untuk kegunaan/kemudahan dalam bidang teknologi maklumat.Tatabahasa11.06.2014
12345678910...

Kembali ke atas