Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. aids, services to facilitate a process or system, kemudahan: sports facilities, kemudahan sukan; a laboratory equipped with every ~, sebuah makmal yg dilengkapi dgn segala kemudahan; banking facilities, kemudahan urusan bank; 2. aptitude, kebolehan: the boy shows a marked ~ in the sciences, budak itu menunjukkan kebolehan yg menonjol dlm bidang sains; 3. dexterity, kecekapan: a sculptor’s ~ with his hands, kecekapan pengukir menggunakan tangannya; with ~, dgn cekap; 4. ease, kemudahan: ~ of movement, kemudahan bergerak. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata facility


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah facility.Adakah 'fasilitet' atau 'fasilitas' diterima?Istilah yang betul ialah kemudahan.Istilah28.04.2011
Ingin perkataan tepat alih bahasa ke Bahasa Malaysia bagi jabatan Procurement, Facility and Administration sila bantu. Terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi Procurement, Facility and Administration ialah Jabatan Perolehan, Kemudahan dan Pentadbiran.Makna15.02.2019
Boleh Saya tahu, tranlasi atau pengunaan Bahasa Malaysia yang tepat untuk "Unsecured Overdraft facility" dalam istilah perbankan. Bantuan anda amat dihargai.Istilah bahasa Melayu untuk "unsecured overdraft facility" ialah kemudahan overdraf tanpa cagaran.Istilah10.05.2013
Apakah padanan dalam Bahasa Melayu bagi istilah 'redraw facility'? Istilah ini berkait dengan pinjaman dan perbankan.Sila kemukakan contoh dalam bentuk ayat yang lengkap untuk memudahkan kami mencari padanan dalam bahasa Melayu.Istilah22.06.2017
apakah terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk terma perbankan 1. "revolving trade facility" . Saya pernah cuba menterjemahkan ia kepada "fasiliti dagangan pusingan" tetapi khuatir ia susah difahami. Apakah alternatif terjemahan lain yang boleh saya cuba supaya ianya mudah difahami awam. 2. "Joint and Several Guarantee" Sebelum ini saya telah menterjemahkan ia kepada "Jaminan Bersama dan Berasingan" tetapi ada pihak yang berpendapat ianya terjemahan yang tidak tepat untuk terma berikut. 3. "Recourse" - contoh ayat "You are required to bear all GST charges incurred on any expenses, fees or recourse in respect of this product" di dalam hal ini, adakah tepat untuk saya menterjemahkan ia kepada fi dan rekursa?Yang berikut padanan bahasa Melayu:

1. Revolving trade faciliti = Kemudahan Pusingan Perdagangan
2. Joint and several Guarantee = Jaminan Bersama dan Berasingan
3. recourse = Rekursa
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Mohon dapat terjemahkan ayat ini: 1 - a one time processing fee is payable upon first disbursement of the facility. This fee is to be debited to the financing account. 2 - applicable for non malaysian only and not applicable to spouse of Malaysia in a joint apllication. 3 - You/Security Party will maintain such takaful or insurance as in respect of the property against all risk from such takaful operator or insurance companies acceptable to the bankUntuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan ayat tersebut dalam bahasa Melayu supaya kami boleh menyemaknya. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan25.10.2018
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan fasiliti. Di dalam kamus dewan edisi empat, saya hanya menjumpai perkataan fasilitet sahaja yang bermaksud kemudahan (utk mengerjakan sesuatu dll). Adakah fasilitet itu mempunyai maksud yang sama dengan facilities? Dan, saya sering terjumpa perkataan fasiliti di kebanyakan artikel yang saya baca di majalah, adakah ia telah pun digazedkan dalam kamus dewan?Bolehkah saya menggunakan perkataan fasiliti itu dalam penulisan saya?Seperti yang puan maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.  Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan puan. Perkataan fasilitet terakam dalam Kamus Dewan sebagai bahasa Indonesia Belanda dan tidak digunakan di negara kita.Penyemakan dan penterjemahan19.11.2014
Pertanyaan penggunaan bahasa yang betul. i. Reka bentuk atau rekabentuk. Cth. Unit Rekabentuk ii. Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya iii. Rujukan pada kontrak/garis panduan. Cth. Menurut klausa 12 syarat-syarat kontrak. Penggunaan menurut atau mengikut? klausa atau perenggan atau para yang sesuai kepada kontrak/garis panduan? iv. kemudahan atau fasiliti. cth tanjakan aras (ramps)/ tandas OKU merupakan kemudahan atau fasiliti OKU v. kebolehaksesan atau aksesibiliti. Cth. akses kepada sistem. sekian, terima kasih.1. Ejaan yang tepat ialah reka bentuk.
2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan.
3. Rujukan pada kontrak/garis panduan - kedua-duanya boleh digunakan.
4. Menurut atau mengikut - kedua-dua perkataan ini boleh digunakan.
5. klausa atau perenggan atau para  - kontrak/ garis panduan klausa dan perenggan sesuai digunakan manakala para merujuk kepada bilangan jamak seperti "para pelajar", para guru dan lain-lain.  
6. kemudahan atau fasiliti - untuk maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan tuan.
7. Istilah bahasa Melayu yang lain bagi accessibility ialah kebolehcapaian.
Istilah09.06.2017

Kembali ke atas