Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fadilah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya fadilah marga Yusoh pelajar Universiti fatoni selatan Thailand ingin petanya DBP Apakah maksud peribahasa terimakasihPeribahasa bermaksud bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu.

Sila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Pilih data yang sesuai dengan keperluan anda, jika untuk mendapatkan maksud ambil data daripada "Kamus" atau "Khidmat Nasihat".

Lain-lain22.09.2016
Nama Fadilah Marga Manor Sedang belajar Bahasa Melayu Dasar di Pelajar University Fatoni Selatan Thailand ingin bertaya DBP. Apakah Sendi nama? TerimakasihKata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, bagi, ke, dari, daripada dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa22.09.2016
Salam. Boleh saya tahu adakah Kamus Dewwan Edisi ke-5 akan diterbitkan dalam masa terdekat? Saya harap lebih banyak istilah baru dimasukkkan. Terima kasih.Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa akan menerbitkan Kamus Umum (ekabahasa) dan untuk maklumat lanjut dan sebarang pandangan sila kemukakan kepada Puan Dr. Fadilah binti Jasmani, Ketua Bahagian Perkamusan, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, e-mel beliau fadilah@dbp.gov.my">fadilah@dbp.gov.my.Lain-lain05.04.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya jika pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan berbayar untuk semakan penggunaan kata terbitan. Sebagai contoh yang dimulai dengan perkataan anti, pra dan pro. Maklumat dalam kamus tidak banyak. Jika ada, siapakah yang harus saya hubungi beserta nama, no telefon dan emel. Terima kasih.Kami mencadangkan tuan berhubung terus dengan pegawai di Bahagian Perkamusan, melalui ketuanya Puan Dr. Fadilah Jasmani, 03-21479686/fadilah@dbp.gov.my">fadilah@dbp.gov.my.Lain-lain18.06.2014
Saya ingin melakukan kajian data korpus dan memerlukan data korpus dari Dewan Bahasa. Bagaimana saya boleh mendapatkan data korpus bagi Dewan Bahasa yang terkini? Saya juga sedang membuat kajian berkaitan morfologi Bahasa Melayu. Bagaimanakah untuk saya mencapai (download) kamus dan juga korpus kata Bahasa Melayu bagi tujuan penyelidikan (bagi menjimatkan masa menaip semula semua kata secara manual)? Juga adakah terdapat korpus kata yang telah di tag dengan golongan kata (Part of Speech)? Didahului terima kasih.Sila hantarkan surat permohonan secara rasmi kepada Dr. Hajah Fadilah binti Jasmani, Ketua Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 23, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tuan juga boleh menghubungi beliau melalui talian 03-21479686 atau e-mel fadilah@dbp.gov.my">fadilah@dbp.gov.myLain-lain10.06.2014
Salam. Berkenaan perkataan "USRAH" dan "TARBIAH" 1) Bilakah ia mula dimasukkan kedalam kamus dewan? (Edisi berapa?, tahun bila?) 2) Kenapakah Istiah ini dimasukkan ke dalam bahasa melayu? siapakah yang bertanggungjawab dalam urusan ini? 3)apakah kriteria dan syarat sesuatu perkataan itu diambil untuk dimasukkan kedalam kamus dewan? Terima kasih1. Perkataan Tarbiah telah dimasukkan dalam Kamus Dewan, Edisi Pertama, 1970. Perkataan usrah dimasukkan dalam Kamus Dewan, Edisi Kedua, 1984.
2 & 3. Antara fungsi kamus ialah merakamkan perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Kamus disusun oleh Ketua Editor dan sekumpulan pakar dan pegawai Bahagian Perkamusan, DBP. Kamus Dewan Edisi Pertama diketuai Teuku Iskandar dan Kamus Dewan Edisi Kedua diketuai Sheikh Othman bin Sheikh Salim.
Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Perkamusan DBP, Dr. Fadilah Jasmani di alamat fadilah@dbp.gov.my">fadilah@dbp.gov.my atau 03-21479000.
Makna24.03.2014
Salam sejahtera, Saya rujuk jawapan yang diberikan pihak DBP, saya kutip: ["Hitam Putih" ialah istilah dan daftar istilah bahasa Melayu tidak memberi kelas kata setiap entri.]. Soalan saya: 1) Adakah ini bererti akan ada istilah dalam bahasa Melayu yang tidak dikenalpasti kelas katanya? 2) Sekiranya istilah itu dipinjam dari bahasa Inggeris (dalam konteks perkataan 'hitam putih'), dan asalnya mempunyai kelas kata dalam bahasa Inggeris, adakah ini bermakna bila menjadi istilah dalam bahasa Melayu, kelas kata asalnya tidak sama dalam konteks penggunaan dalam b.Melayu? Jika tidak sama, adakah bermakna ia menjadi kelas kata yang lain? 3) Apakah masalah/kesulitan yang DBP hadapi untuk memberikan kelas kata pada istilah yang tidak diberikan kelas kata dalam daftar istilah? Terima kasih.Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, Daftar Istilah Bahasa Melayu tidak memberi kelas kata bagi  istilah yang dibina termasuklah istilah yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris. Lazimnya Istilah Bahasa Melayu terdiri daripada kata nama dan kata kerja bergantung pada konsep istilah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Fadilah binti Jasmani, Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel fadilah@dbp.gov.my">fadilah@dbp.gov.my.Istilah09.03.2012

Kembali ke atas