Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah

Peribahasa

Menuntut piutang lapuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam tuan, saya ingin penjelasan tentang penggunaan : mendapat banyak faedah, ... dsb. banyak mendapat faedah, ... dsb. mana yang betul?

Encik Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

 Banyak mendapat faedah adalah lebih betul. Terima kasih

 

Tatabahasa04.08.2009
Tuan, untuk '30% discount' atau '0% interest', yang manakah terjemahan yang betul? 'Diskaun 30%' dan 'faedah 0%' atau 30% diskaun dan 0% faedah. Numbor dulu atau subjek? Atau kedua-duanya pun betul? Terima kasih.Dalam bentuk frasa yang lengkap ialah 'diskaun sebanyak 30%' dan 'kadar faedah sebanyak 0%'. Walau bagaimanpun dalam laras iklan 'diskaun 30%' dan 'faedah 0%' boleh diterima.Tatabahasa18.11.2011
kata berlawan 1.faedah 2.mahu 3.membantuKata lawan yang lazim digunakan bagi perkataan yang berikut ialah: 1. faedah - rugi, 2. mahu - enggan, 3. membantu - menolak (lepas tangan).Lain-lain24.10.2009
1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita.

Berikut ialah jawapan yang betul:
1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3.  Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita.

Tatabahasa21.04.2010
bolehkah perkataan diperoleh digunakan bersama-sama perkataan oleh? Contoh ayat: Banyak faedah yang diperoleh oleh pelajar sekiranya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Terima kasih.Penggunaan "diperoleh oleh pelajar"  dalam ayat dianggap salah.

Ayat yang gramatis ialah  "Banyak faedah yang diperoleh sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan."
Tatabahasa09.09.2013
Saya mendapati banyak percanggahan dlm beberapa istilah, bergantung kpd sumber rujukan. Yang manakah disyorkan oleh DBP untuk piawaian? 1) interest (kewangan) = faedah atau bunga? 2) guarantee = jaminan atau gerenti? 3) guarantor = penjamin atau penggerenti? Saya membuat perbandingan antara buku DBP "Istilah Undang-undang (2006)", "Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan (2001)" dan PRPM on-line. Yang manakah sepatutnya diutamakan? Terima kasih.

Encik Mohd Halimi,

Antara perkataan bunga dengan faedah, biasanya kita gunakan faedah bagi tujuan rasmi manakala untuk percakapan biasa kita gunakan bunga. guarantee kita gunakan jaminan, manakala guarantor pula ialah penjamin. Jika kita mencari istilah dalam bidang  kewangan  saya rasa baik kita rujuk  Daftar  istilah                            

Istilah07.12.2010
apakah maksud sudah duduk baru berlunjur? adakah predikat dalam 'Membaca kegemaran yang membaca faedah.' ialah frasa nama? Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di pekarangan rumah... apakah kata/penjodoh bilangan yang sesuai utk menggantikan tompokan rumput?Peribahasa yang betul ialah "Belum duduk berlunjur dulu". Maksudnya belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur). Ayat yang saudara berikan tidak jelas (Membaca kegemaran yang membaca faedah). Cadangan perkataan yang sesuai untuk menggantikan tompokan rumput ialah jenis.Tatabahasa23.06.2010
apa erti penjenemaan semula,faedah penjenamaan semulaSila rujuk bahan ini : 1. Brand failures: the truth about the 100 biggest branding mistakes of all time Haig, Matt Kogan Page 2003 2. Penjenamaan merentasi sempadan : panduan pemasaran jenama global Gregory, James R. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad 2007Lain-lain12.09.2007
" Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" ayat tersebut mengalami proses pengguguran jenis apa

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa26.05.2011
Tuan, Adakah ayat ini salah "0% faedah" atau "0% diskaun" dalam laras bahasa iklan? Terima kasih.Yang lebih sesuai untuk laras bahasa iklan ialah 0% diskaun.Lain-lain18.11.2011
1234

Kembali ke atas