Tuan, dalam ayat di bawah, kata sendi nama "akan" atau "kepada" lebih tepat digunakan? 1. Saya tidak faham akan/kepada maksudnya. 2. Saya tidak faham akan/kepada soalan ini. Dalam Tatabahasa Dewan, ditetapkan kata sendi nama "akan" digunakan di belakang kata adjektif perasaan seperti benci, berahi, cinta, sayang, dan kasih. Jelas dilihat bahawa "faham" bukan kata adjektif perasaan. Saya pun tidak mengetahui sama ada "faham" ialah kata kerja atau kata adjektif, tuan tolong beritahu saya apakah golongan kata bagi perkataan "faham". Jadi, kerana "faham" bukan kata adjektif perasaan, kata sendi nama "kepada" lebih sesuai, kan? Kata sendi nama "akan" hanya digunakan untuk kata adjektif perasaan, tetapi kata sendi nama "kepada" pula digunakan untuk menunjukkan sasaran, dan sasaran itu boleh berbentuk abstrak, tidak dapat dilihat. Oleh itu, saya berasa bahawa frasa yang betul ialah "faham kepada soalan/maksudnya". Apakah pandangan tuan pula? | Berdasarkan Tatabahasa Dewan kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Dalam konteks ayat "Saya tidak faham akan/kepada maksudnya", Saudara perlu melihat aspek makna keseluruhan ayat ini. Saudara tidak boleh terus menjustifikasikan "faham" sebagai bukan kata adjektif perasaan atau "faham" sebagai kata kerja. Perkataan "faham" boleh merujuk sifat yang memahami. Maka, frasa yang dicadangkan ialah "Saya tidak faham akan maksudnya". | Tatabahasa | 08.12.2014 |
konsep pembelajaran | Assalamualaikum Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya (i) Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham). (ii) Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat. Jika perkara (i) dan (ii) di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu, (iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham). (iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku. Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir. Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti (i) Behaviourist (ii) Humanist (iii) Kognitivist (iii) Konstructivist Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham. | Lain-lain | 28.03.2010 |
Dalam kamus DBP "faham" dan "fikir" dimasukkan sebagai entri di bawah "faham: fikir". tetapi apabila mendapat imbuhan "faham" menjadi "memahami" dan "fikir" menjadi "memikirkan" seolah-olah daripada kata "paham" dan "pikir". Mengapakah /f/ itu tidak digantikan dengan /p/ sahaja? Mengapakah ini dijadikan satu kekecualian sedang kedua-dua kata sudah mantap dalam bahasa Melayu? | Rumus tatabahasa, kata dasar yang bermula dengan huruf f akan megalami pengguguran huruf pertama (f) dan digantikan dengan huruf m apabila menerima apitan me-...-i, me-...-kan, me-...-an. Hal kekecualian juga ditetapkan oleh penyusun buku tatabahasa kerana penggunaan yang sedia ada telah diterima dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Saya faham 'membangun' adalah kata adjektif sebagaimana yang terdapat dalam frasa 'negara yang membangun'. Tetapi bolehkah 'membangun' digunakan sebagai kata kerja seperti dalam ayat 'Tugas membangun negara yang berdaulat adalah tugas setiap rakyat Malaysia'? Terima kasih. | Perkataan yang sesuai dalam ayat tersebut ialah membangunkan, "Tugas membangunkan negara yang berdaulat adalah tugas setiap rakyat Malaysia" kerana membangunkan dalam konteks ini bermaksud membina atau mendirikan. | Tatabahasa | 21.09.2015 |
Saya tidak faham berkaitan dengan ayat ini-Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PEJABAT URUSAN (perlu ada keterangan aktiviti perniagaan) | Berdasarkan lampiran dan sejarah penyemakan iklan yang dilampirkan, kami memerlukan pihak pengiklan untuk meletakkan keterangan utama syarikat pada bahagian atas sebelah kiri papan iklan. (Sebelum ini terdapat teks PEJABAT OPERASI di penghujung nama syarikat, kemudian telah dibetulkan kepada PEJABAT URUSAN, juga terletak di hujung nama syarikat). Sila letakkan teks PEJABAT URUSAN (pada penghujung nama syarikat tersebut) ke bahagian penjuru atas, sebelah kiri iklan. | Lain-lain | 13.07.2020 |
Salam Saya faham asas penggunaan ayat pemeri. Namun, saya tidak pasti sama ada "ialah bahawa" atau "adalah bahawa" lebih tepat. Harap jelaskan dengan alasan tatabahasa. Terima kasih DBP! | Kata "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. "Ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Sila berikan contoh ayat yang lengkap supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang tepat. | Tatabahasa | 03.07.2020 |
saya kurang faham mengenai perkataan baharu..sila jelaskan,terimah kasih.. | Baharu ialah kata adjektif seperti Rumah baharu dan Kasut baharu. | Tatabahasa | 05.07.2012 |
Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum. | Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang. | Ejaan | 14.02.2012 |
Saya kurang faham perbezaan penggunaan perkataan PEROLEH dan PEROLEHI. Harap dapat penjelasan daripada pihak Tuan/Puan. Sila juga beri beberapa ayat contoh di mana kedua dua perkatan tersebut dapat dipraktikan. SALAM SEJAHTERA. | Perkataan yang betul ialah peroleh (tidak ada kata perolehi), contohnya: Karmin adalah pigmen berwarna merah yang diperoleh daripada sejenis serangga. | Tatabahasa | 01.11.2010 |
saya tidak faham akan penggunaan kata 'hadir' apabila perkataan tersebut diikuti dengan imbuhan..contohnya,adakah ayat ini betul? 'amir telah menghadirkan diri ke majlis itu' atau, 'amir telah menghadiri majlis itu'' 'amir telah menghadiri ke majlis itu'' bolehkah anda tolong jelaskan? terima kasih... | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menghadirkan membawa maksud 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menunjukkan diri. Menghadiri bermaksud hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen. Berdasarkan huraian tersebut, ayat Amir telah menghadirkan diri ke majlis itu dan Amir telah menghadiri majlis itu adalah betul. | Tatabahasa | 28.07.2010 |