Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fan.ta.si] | فنتاسي

Definisi : 1. imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan: utk dapat mencipta cerita yg baik, diperlukan ~; 2. ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan: pd kesimpulannya, semua drama adalah ~; 3. sesuatu yg dibuat (dipakai) utk perhiasan (bukan utk kegunaan sebenarnya);sapu tangan ~ sapu tangan utk perhiasan; saku ~ saku yg tidak digunakan (hanya utk perhiasan sahaja); berfantasi berkhayal, berangan-angan; memfantasikan mengkhayalkan, mengangan-angankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fantasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera pada pihak DBP, apakah isu yang sesuai dan boleh dikupas untuk saya kaji di dalam Hikayat Indera Nata? Dan apakah buku-buku rujukan yang boleh saya gunakan dalam kajian saya? Saya masih buntu dalam mencari tajuk kajian saya.

Hikayat Indera Nata digolongkan dibahagikan dalam zaman peralihan Hindu-Islam. Secara umum, pelbagai perkara boleh dikaji daripada teks tersebut. Di antara kajian tersebut ialah seperti berikut:

  1. Pemikiran dalam teks tersebut
  2. Teknik Naratif/penceritaan teks zaman peralihan
  3. Gaya Bahasa teks zaman peralihan
  4. Unsur-unsur Mitos, Dongeng, Fantasi dan sebagainya
  5. Konsep Wira dalam teks tersebut
  6. Konsep Kuasa dalam teks tersebut
  7. Unsur-unsur Islam dalam teks tersebut dll

Sekian, terima kasih

 

Lain-lain06.07.2009
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008

Kembali ke atas