Perkataan yang tepat; pasal atau fasal? | Dalam Kamus Dewan, Edisi Keempat hanya perkataan pasal dilabelkan sebagai bahasa percakapan (bp) kepada perkataan fasal. Perkataan fasal dilabelkan sebagai Ar, iaitu etimologi perkataan tersebut daripada bahasa Arab. | Ejaan | 03.03.2015 |
Saya mendapati perkataan FASAL dan PASAL, kedua-duanya dilabelkan sebagai 'bp'. Apakah beza antara kedua-duanya, dan bilakah penggunaannya dibolehkan? | Dalam Kamus Dewan, Edisi Keempat hanya perkataan pasal dilabelkan sebagai bahasa percakapan (bp) kepada perkataan fasal. Perkataan fasal dilabelkan sebagai Ar, iaitu etimologi perkataan tersebut daripada bahasa Arab. | Tatabahasa | 23.03.2012 |
apakah cadangan yang baik untuk menjadikan bahasa melayu sebagai pengantar di IPTS? adakah dengan meminda akta IPTS 1996 fasal (1) dan fasal 41 boleh menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS? | Untuk mengubah akta adalah di bawah kuasa Parlimen. Oleh sebab soalan sdr menjurus pada akta IPTS, kami mencadangkan sdr menghubungi jabatan pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 88835944 atau www.mohe.gov.my | Lain-lain | 03.03.2008 |
"Cari pasal" atau "cari fasal", mana lebih tepat dalam penyediaan sarikata? | Menurut data kami, perkataan yang betul ialah fasal yang membawa maksud 1 bahagian daripada bab; bahagian yang kecil daripada bahagian besar (undang-undang): Dalam bab yang pertama, ada 18 ~. 2 perkara atau tajuk (dalam percakapan): Mereka memperkatakan ~ yuran sekolah. 3 tentang hal; mengenai: ~ makanan, serahkan kepada saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Lain-lain | 13.06.2018 |
Apakah beza antara apabila dan kerana. | Tuan, Apabila: kata penghubung ayat yg bererti pd ketika; semasa: ~ sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu. Kerana: merupakan kata tugas; sinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal">fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula., | Istilah | 22.08.2011 |
فيرو ذكوان Sep 14th, 2:59am Salam, tumpang tanya fasal iklan jawatan kosong masih ada lagi ke? Saya pernah memohon utk gred 27 tempoh hari. Sekadar bertanya | Jawatan Penolong Perancang Bahasa S27 telah diiisi pada awal bulan Ogos yang lalu. DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya tuan berminat, tuan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 14.09.2015 |
Salam, saya ingin bertanyakan tentang ayat berkenaan dengan bank. Adakah ayat ini dipanggil "Klausa" Rusuhan dan Mogok atau "Fasa"l Rusuhan atau Mogok? Apakah terjemahan sebenar untuk clause. | Dalam bidang undang-undang, clause diterjemahkan kepada fasal. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=clause untuk maklumat lanjut. | Tokoh | 09.06.2015 |
Salam sejahtera, kata tanya tidak seharusnya digunakan dalam ayat penyata, namun bagaimana pula dengan frasa seperti "tidak mengapa" yang menggunakan kata tanya? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengapa bermaksud sebab apa, apa fasal; apa. Oleh itu, mengapa juga membawa maksud yang lain selain daripada kata tanya. Dalam konteks ini, tidak mengapa membawa maksud yang sama dengan tidak apa, tidak apa-apa atau tidak ada sesuatu. | Tatabahasa | 25.11.2019 |
salam hormat buat dbp, boleh saya tanya, adakah penggunaan bahasa rojak juga mengabaikan penggunaan seperti antonim dan sinonim ? contohnya, perkataan "pasal" digunakan untuk menggantikan berkaitan, tentang, berkenaan dan mengenai. | Dalam Kamus Dewan, Edisi Keempat hanya perkataan pasal dilabelkan sebagai bahasa percakapan (bp) kepada perkataan fasal. Bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan secara lisan terutamanya oleh golongan yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Saya ada beberapa soalan tentang penggunaan "sebab" dalam tatabahasa, di mana jawapannya sering bercanggah dalam Khidmat Nasihat DBP. 1. Dia makan coklat sebab/kerana lapar. Saya faham "sebab" ialah kata nama, dan ini sering disebut dalam Khidmat Nasihat. Namun, definisi untuk "sebab" dan contoh yang disenaraikan dalam DBP ialah [se.bab] | سبب Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; Mengapa "ia dipecat sebab malas" dibolehkan di sini? 2. Dalam konteks dialog atau sari kata, "Dia lapar. Sebab itu/Itu sebabnya dia makan." Yang mana betul? Jika kedua-duanya salah, boleh berikan jawapan yang betul? 3. Dia mengemis disebabkan/disebabkan oleh kemiskinan. Yang mana betul? | Ayat yang betul ialah: 1. Dia makan coklat oleh sebab lapar. / Dia makan coklat kerana lapar. 2. "Dia lapar. Oleh sebab itu dia makan." 3. Dia mengemis disebabkan oleh kemiskinan. | Tatabahasa | 24.07.2020 |