Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fast


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan bahasa Melayu untuk butang "rewind", " "forward" "fast forward", "fast rewind", "stop" dan "pause" yang terdapat pada alat kawalan jauh? Mohon pencerahan

Kami mencadangkan padanan perkataan bahasa Melayu seperti berikut:

 

1. rewind: putar semula

2. forward: mara

3. fast forward: mara laju

4. fast rewind:  putar semula laju

5. stop: henti 

6. pause: jeda

Istilah18.08.2021
Apakah terjemahan BM untuk fast tracking? Cth ayat: In 2010, the Malaysian government launched ETP, which is a road map for fast-tracking its economic development. Terima kasih.Kami mencadangkan fast tracking dalam frasa fast-tracking its economic development diterjemahkan kepada pembangunan ekonomi pantas.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2018
Istilah 'fast track' dalam BMTidak ada padanan fast track dalam sumber rujukan kami. Kata fast boleh diterjemahkan kepada cepat, pantas dan segera mengikut konsep maknanya dan konteks penggunaannya. Sila hubungi kami semula dan nyatakan bidang penggunaannya untuk kami cadangkan terjemahan yang sesuai.Tatabahasa18.12.2011
Apa terjemahan fast charging?Cadangan padanan bagi istilah fast charging dalam bahasa Melayu ialah pengecasan pantas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.Istilah09.08.2024
Salam sejahtera. Apakah padanan bahasa fast-check dan total engagements dalam konteks media sosial? Sekian, terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah total engagements ialah jalinan penuh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.  Tiada penggunaan istilah fast-check dalam konteks media sosial.Istilah05.07.2023
Apakah perkataan bahasa Melayu untuk butang "rewind", " fast forward", "stop" dan "pause" yang terdapat pada alat kawalan jauh radio? Mohon pencerahan

Padanan perkataan bahasa Melayu untuk  perkataan “rewind”, “fast forward’, “stop” dan “pause” pada alat kawalan jauh radio ialah  punat putar semula, mara laju, henti dan jeda. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Istilah21.01.2021
UNTUK SEMAKAN TULISAN PAPAN IKLAN JAYA FAST MINI MARKETUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain30.12.2015
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "outperform"? contoh ayat: So fast, it outperforms the other game players on the field! Terima kasih.Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "outperform" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah  "melebihi jangkauan" atau "sangat cemerlang" sekiranya sesuai dengan konsep puan.Istilah02.11.2013
Bagaimana ayat yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Powerfully Thin. Faster Done: Start Fast and Finish First." Terima kasihTerjemahan yang dicadangkan ialah Nipis dan Berkuasa. Lebih Pantas.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2016
Jika di-Google frasa 'makan santai' atau 'majlis makan santai', memang sudah banyak digunakan media dan penutur. Saya anggapnya sebagai makan tanpa protokol/tidak formal. Maka, bolehkah saya cadangkan istilah 'casual dining' dipadankan dengan makan santai manakala istilah fast casual dipadankan dengan ' (makan) santai segera'? Harap dipercepatkan pemasukannya dalam PRPM.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "casual dining" dan " fast casual" dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah ini akan kami kemukakan kepada Bahagian Perisitilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa  Melayu yang sesuai.Istilah16.02.2019
12

Kembali ke atas