Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.tal] | فاتل

Definisi : IB celaka, untung malang (kemalangan) yg tidak dapat dielakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fatal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Saya ingin mengetahui terjemahan yang betul perkataan "where" dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai Kata Hubung dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana perkataan "where @ di mana" merujuk kepada tempat. Apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam sejahtera. Untuk makluman tuan/puan, lazimnya, perkataan where  boleh digantikan dengan kata hubung “yang” dan “apabila”.  Ayat bahasa Inggeris yang berikut menggunakan perkataan where yang tidak membawa maksud tempat:

1.     A phobia is where you have a fear of, say, clowns, and this fear seemingly has no rational basis. (Fobia ialah keadaan apabila anda berasa takut akan badut, misalnya, dan perasaan ini timbul tanpa asas yang rasional.)

2.    The dog suffered from hypothermia, a condition where the body temperature drops to a near-fatal level. (Anjing itu mengalami hipotermia, iaitu suatu keadaan yang menyebabkan suhu badan turun ke takat hampir mati.)

 

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.02.2017

Kembali ke atas