Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt meletihkan, memenatkan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. tiredness, keletihan, kepenatan, letih, penat: he was nearly dropping from ~, dia hampir-hampir jatuh krn keletihan; 2. (physiol) kelesuan, lesu: muscle ~, kelesuan otot; 3. (of metal) lesu; 4. (mil) fatig; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fatigue


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon pencerahan untuk terjemah "Revised Piper Fatigue Scale" yang merupakan satu tajuk borang soal selidik untuk menetukan tahap kelesuan dalam kalangan pesakit kanser, adakah sesuai jika saya terjemah kepada "Skala Kelesuan Piper Disemak"?Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk  "Revised Piper Fatigue Scale" ialah Pindaan Skala Kelesuan Piper. Makna27.10.2023
Saya mohon pencerahan untuk terjemah "Revised Piper Fatigue Scale" yang merupakan satu borang soal selidik untuk menetukan tahap kelesuan dalam kalangan pesakit kanser, adakah lebih sesuai jika saya terjemah kepada "Skala Pindaan Kelesuan Piper"?

Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi  frasa "Revised Piper Fatigue Scale" ialah "Skala Semakan Kelesuan Piper". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu.

Dewan Bahasa dan Pustaka membantu dari aspek makna perkataan, istilah dalam pelbagai bidang ilmu dan juga tatabahasa. Pengguna boleh membuat semakan melalui pautan www.prpm.dbp.gov.my. 

Penyemakan dan penterjemahan04.12.2023
Bolehkah pihak DBP memberikan terjemahan sesuai untuk istilah bahasa Inggeris yang saya akan beri ini? Compassion fatigue - a condition characterized by emotional and physical exhaustion leading to a diminished ability to empathize or feel compassion for others. Terjemahan maksud : Keadaan yang diicirikan kelesuan emosi dan fizikal yang menyebabkan kekurangan rasa simpati dan belas kasihan terhadap orang lain. Adakah 'kelesuan belas kasihan' paling sesuai?Cadangan padanan terjemahan bagi compassion fatigue ialah lesu belas kasihan. Cadangan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan26.08.2021
Salam sejahtera, 1) Apakah beza antara "pelahiran" dan "kelahiran" iaitu "labour" dan "delivery". 2) Adakah menterjemahkan "fatigue" sebagai lesu atau "letih" tepat. Jika pembaca sasaran golongan ibu berpendidikan saya kira lebih baik buat pinjaman, iaitu kekalkan menjadi fatig. Terima kasih. Selamat mengundi 5 Mei nanti. Orang DBP baik belaka.1. Pelahiran ialah perihal atau perbuatan melahirkan seperti ayat pelahiran golongan pencinta muzik tradisional dalam kalangan generasi muda ... dan kelahiran ialah  perihal keluar dari kandungan ibu seperti ayat pada saat kelahiran anaknya itu, Ani menangis ....
2. Terjemahan fatig ada digunakan tetapi khusus dalam bidang perubatan, manakala dalam konteks umum fatigue diterjemahkan kepada penat, letih atau lesu.
Makna11.04.2013
Assalamualaykum Tuan/Puan, Merujuk kepada maklum balas email Tuan/Puan yang lepas, berikut saya sertakan cadangan istilah berkenaan dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence: Kecerdasan Spiritual/ Kecerdasan Rohani Compassion Fatigue: Kelelahan Belas Kasihan/Kelelahan Ihsan Compassion Satisfaction: Kepuasan Belas Kasihan/ Kepuasan Ihsan Secondary Traumatic Stress: Tekanan Traumatik Sekunder Burnout: Kelesuan Healthcare Provider: Pihak Penjagaan Kesihatan Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak Tuan/Puan. Wassalam. ArifWaalaikumussalam...
Cadangan terjemahan yang sesuai bagi:
 i. Spiritual Intelligence ialah Kecerdasan Spiritual
ii. Compassion Fatigue islsh Lesu Belas Kasihan
iii. Compassion Satisfaction ialah Lesu Kepuasan
iV. Secondary Traumatic Stress ialah Tekanan Trauma Sekunder
v. Burnout ialah Terbakar
vi. Healthcare Provider ialah Penyediaan Penjagaan Kesihatan
Makna05.12.2017
Assalamualaykum Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan istilah berikut di dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence Compassion Fatigue Compassion Satisfaction Secondary Traumatic Stress Burnout Healthcare Provider Maklum balas dan keprihatinan pihak Tuan/Puan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Wassalam. ArifMohon cadangan terjemahan daripada pihak tuan dan kami akan menyemak penggunaan Bahasa Melayu dalam teks tersebut. Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, kecuali perkataan dan istilah yang boleh merujuk kamus atau buku istilah.Lain-lain21.11.2017

Kembali ke atas