apakah maksud fatwa? | Fatwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan; memfatwakan memberikan fatwa. | Makna | 18.01.2013 |
penjodoh bilangan 'fatwa' | tidak perlu | Lain-lain | 23.02.2011 |
salam, saya Halil sebagai pelajar ingin bertanya. Jika dilihat sejarah perkataan jadual berasal daripada Bahasa Arab.Huruf wau arab jika dijawikan akan menjadi huruf "W" dalam rumi.Oleh itu, kenapa ejaan jadual tidak menjadi jadwal seperti perkataan takwa(tidak takua) atau fatwa(tidak fatua). | Kata 'jadual' merupakan kata umum berbanding 'takwa' dan 'fatwa' yang lebih kepada keagamaan. Lagipun kata 'fatwa' dalam bentuk umum disebut 'petua' oleh masyarakat Melayu terdahulu. | Lain-lain | 03.09.2009 |
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih. | Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); | Tatabahasa | 28.08.2013 |
assalamualaikum tuan, untuk makluman tuan, saya kini dalam tindakan untuk menyediakan sighah fatwa dalam versi jawi bagi tujuan pewartaan, sehubungan dengan itu, mohon pengesahan berhubung ejaan jawi bagi beberapa perkataan berikut: 1) enakmen 2) syiah 3) takaful 4) kedudukan 5) kalimah 6) akidah 7) Islam 8) ajaran 9) lain-lain 10) syubhah 11) sperma, embrio dan ovum segala kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai. | Seperti Lampiran. | Ejaan | 23.07.2013 |
salam, adakah istilah "kemuftian" dalam bahsa melayu? | Mufti ialah orang yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa. Manakala perkataan kemuftian tiada dalam rujukan kami. | Istilah | 27.04.2012 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Tatabahasa | 29.07.2010 |
Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. Assalamualaikum | Awalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161. | Tatabahasa | 12.09.2011 |