| Fauzi Jibril MON 11:33PM klu kt DBP ade jual lgi x buku ni. sbb 5 tahun lepas klu x silap sy prnah g DBP tnye psal buku ni kt kaunter kate nye dh habis. dan mcm mne sy blh dpt kn buku ni | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 18.07.2016 |
| Safuwan Fauzi ada kata baru,, Billion = Risa dan Dekna=1 Trillion, 1 risa=1 billion 1 dekna 1 trilion.agak2 kata baru ini boleh jadi "offical" rasmi tak bahasa Melayu baru? | Sekiranya perkataan baru ini banyak dan kerap digunakan, kemudian terakam dalam korpus, tidak mustahil ia akan menjadi perkataan rasmi bahasa Melayu. Bahasa kita hidup dan sentiasa berkembang. | Istilah | 12.06.2015 |
| Suffian Fauzi Oct 16th, 10:49pm Assalamualaikum pihak admin Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.. Saya Mohammad Suffian bin Fauzi, berasal dari Dungun Terengganu dan kini sedang belajar di UIAM Gombak.. Boleh saya bertanya, bagaimanakah saya ingin mendapatkan borang penyertaan bagi Sayembara Menulis Puisi BBK 2014 Peringkat Wilayah Timur.. Boleh bagi link muat turun borang tak? terima kasih admin.. Harap dapat balas.. terima kasih sekali lagi | Sila hubungi urus setia sambutan BBK peringkat Wilayah Timur di DBP Wilayah Timur di talian 09-7414900 atau e-mel kepada Puan Hajah Zainab Che Omar (Pengarah DBP Wilayah Timur) melalui e-mel chezai@dbp.gov.my. | Lain-lain | 16.10.2014 |
| Nama-nama perniagaan berikut: Fauzi Batik, Noor Arfa Batik, dan Razali Batik dan Songket - betul atau salah? Kalau Batik Fauzi pula macam mana? | Nama perniagaan tersebut salah kerana tidak mengikut hukum D-M. D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama | Ejaan | 09.08.2006 |
| Mohd Danish Hakim Fauzi THU 11:32AM Assalamualaikum, saya menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik ke tempat kerja. Cuma minggu lepas KTM telah meletakkan papan tanda prosedur keselamatan di setiap gerabaknya. Di sini saya cuma ingin bertanya mengenai ejaan yang betul bagi perkataan samada prosedur atau prosidur. Sila lihat gambar yang dilampirkan. Jika berlaku kesalahan diminta pihak DBP untuk menegur pihak KTM. Sekian terima kasih. | Tiada gambar yang disertakan. Sila kemukakan aduan tuan berserta gambar melalui portal "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 11.12.2015 |
| Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita ( )dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. pilihan A tergempar pilihanB kegemparan pilihan C digemparkan pilihanD mempergemparkan mana satu yang betul Kata "dengan" dalam ayat ini ialah kata apa?kata nama? | Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita digemparkan dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. Kata dengan ialah kata sendi nama. | Tatabahasa | 31.10.2021 |
| 1. Ayat yang manakah yang betul? I semasa mesyuarat itu, Fauzi mempertajam percakapannya. II pembacaan dapat mempertajam pemikiran. III Pak Ramli mempertajam parangnya. IV Raziah mempertajam telinganya di dalam bilik. 2. perkataan yang manakah yang tepat? kita perlu minum untuk menggantikan/mengganti air yang keluar dari/ daripada badan. | Ayat yang betul ialah, "Pembacaan dapat mempertajam pemikiran" dan "kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan" | Tatabahasa | 31.10.2007 |
| Salam, mohon bantuan semakan bagi ayat iklan seperti di lampiran. Terima Kasih di atas bantuan pihak Tuan. AHMAD FAUZI ISHAK Pegawai Penerangan Majlis Perbandaran Selayang 03-6126 5800 / 012-2984727 | 1. Buang perkataan "Bagi Tujuan". Terus kepada Draf Rancangan..... 2. Tukar GunaTanah kepada Guna Tanah 3. Tukar Zoning kepada Pengezonan 4. Tukar daripada kepada dari 13 Mac... 5. Selaraskan tarikh kepada 13 Mac 2017 hingga 14 April 2017 6. Tukar kepada dialamatkan 7. Tukar kepada Tel.: (letak titik) dan E-mel: | Penyemakan dan penterjemahan | 03.03.2017 |
| Adakah pihak DBP ada menyediakan penceramah mengenai kaedah tulisan jawi utk para pelajar @ masyarakat ? TQ | Encik Mohamad Fauzi, Untuk mendapatkan khidmat penceramah Jawi, saudara boleh membuat permohonan kepada Ketua Bahagian Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 26.05.2010 |
| Salam Sejahtera, Mohon pencerahan dari pihak DBP tentang tatabahasa dan struktur ayat berikut :BAHAYA - KAWASAN INI TIDAK SELAMAT UNTUK MANDI ATAU BERENANG. Terima Kasih Ahmad Fauzi Ishak Pegawai Penerangan Majlis Perbandaran Selayang | Salam sejahtera, Ayat yang tepat ialah "AMARAN: KAWASAN INI TIDAK SELAMAT UNTUK MANDI ATAU BERENANG." | Lain-lain | 21.09.2015 |