| wear and fear | haus dan lusuh | Lain-lain | 19.04.2007 |
| Tuan / Puan Selamat pagi. Ingin dapatkan bantuan untuk semak terjemahan seperti bawah adalah betul maksudnya:- OUTRIDE FEAR = Redah Ketakutan OUTRIDE ANYTHING = Redah Segalanya Harap dapat nasihat. Terima Kasih. | Tidak ada maklumat tentang outride fear dan outride anything dalam pangkalan data kami. Bagi menyesuaikan dengan konsep fizikal dan abstrak, frasa yang betul ialah mengatasi ketakutan (bentuk abstrak/perasaan) dan mengatasi segala halangan (bentuk abstrak/perasaan) atau meredah segalanya (bentuk fizikal). | Lain-lain | 04.08.2017 |
| Salam sejahtera tuan. Saya ingin mengetahui terjemahan yang betul perkataan "where" dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai Kata Hubung dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana perkataan "where @ di mana" merujuk kepada tempat. Apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. | Salam sejahtera. Untuk makluman tuan/puan, lazimnya, perkataan where boleh digantikan dengan kata hubung “yang” dan “apabila”. Ayat bahasa Inggeris yang berikut menggunakan perkataan where yang tidak membawa maksud tempat: 1. A phobia is where you have a fear of, say, clowns, and this fear seemingly has no rational basis. (Fobia ialah keadaan apabila anda berasa takut akan badut, misalnya, dan perasaan ini timbul tanpa asas yang rasional.) 2. The dog suffered from hypothermia, a condition where the body temperature drops to a near-fatal level. (Anjing itu mengalami hipotermia, iaitu suatu keadaan yang menyebabkan suhu badan turun ke takat hampir mati.) Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2017 |
| saya memerlukan khidmat menterjemah rencana ini dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Saya ucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Most people know that the theory of evolution did not appear amongst us like a bolt from blue with the publication of Charles Darwin’s The Origin Of Species in 1859. But not many people are aware that the idea has been around in various forms for at least two and a half thousands years. Like us, the ancient Greeks failed to agree about the origins of life. Their cosmologies were profoundly different from our own. There were no heresy laws or inquisitions to fear or a dominant creation story to side-step. Ancient Greek cosmologies were wildly variant : some believed that life had been shaped by gods ; others that had come into being through atoms colliding chaotically. Empedocles – poet, healer, magician and controller of storms as well as a philosopher – produced a surreal foreshadowing of natural selection two and a half thousand years ago on the island that we now call Sicily. He proposed that life had started out as random body parts – eyes, necks, arms, teeth – suspended in primeval soup. Collisions had produced random combinations – men with the heads of cattle ; animals with brances for limbs. Some of these combinations had proved viable, others not. | DBP hanya memyediakan kdimat penyemakan penterjemahan. Puan boleh menghantar rencana berkenaan dalam bahasa Melayu dan kami akan membantu menyemak terjemahan puan. | Lain-lain | 30.01.2014 |
| Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih. | Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;. Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |