| Mohon terjemahan standard BM untuk berikut (yg dalam kurungan itu adalah tujuan saya) 1. Chick Starter Feed (pakan anak ayam permula) 2. Grower Finisher Feed (pakan ayam pedaging) 3. Grower Pullet Feed (pakan ayam dara penelur) 4. Finisher Pullet Feed (pakan Penamat --untuk ayam dara dan ayam pedaging peringkat akhir) 5. Layer Feed (pakan ayam penelur) Terima kasih | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut: 1. Chick Starter Feed = pakan pemula anak ayam 2. Grower Finisher Feed = pakan penamat ayam kecil 3. Pullet Feed = pakan ayam dara 4. Finisher Pullet Feed = pakan penamat ayam dara 5. Layer Feed = pakan ayam penelur | Istilah | 30.01.2019 |
| paper feed double key list mode binding margin characters netmask serial communication command centre host name on off | suapan kertas kekunci berganda mod senarai birai jilid aksara topeng internet komunikasi berdiri pusat perintah/arahan nama hos bergantung kepada konsep dan bidang bergantung kepada konsep dan bidang | Istilah | 16.01.2012 |
| Assalamualaikum saudara, Nama saya Mohd Ayub dan saya seorang pelajar Bahasa Inggeris di Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Saya sedang membuat kajian terhadap laman web Mukabuku dan saya ingin tahu bagaimana saya boleh terjemaahkan perkataan 'News Feed' yang sering digunakan oleh Mukabuku. Pada permulaannya, saya guna perkataan 'Berita Makanan', tapi jelas, itu bukan kata Bahasa Melayu yang tepat dan lazim digunakan. Pertolongan tuan amat dihargai, Sekian, Mohd Ayub bin Ladin Pelajar PhD Universiti Stevens York Baru Amerika Syarikat | Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk News Feed. Walau bagaimanapun dalam bidang teknologi maklumat, istilah "feed" diterjemahkan sebagai suapan. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk news feed ialah suapan berita. | Istilah | 10.04.2012 |
| Melalui semakan kami, “formula dietary food” dipadankan dengan “rumusan diet”. Kenapakah perkataan “food” tidak disebut atau dipadankan dengan apa-apa padanan? Sebagai perbandingan istilah “customer formula feed” dalam istilah Veterinar PRPM dipadankan dengan “makanan rumusan pelanggan”. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi "diet": 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu. Berdasarkan istilah bahasa Inggeris, dietary bertindak sebagai kata sifat yang menjadi penerang kepada sesuatu kata seperti dietary food. Walau bagaimanapun, pembentukan dalam bahasa Melayu akan menjadi lewah sekiranya formula dietary food dipadankan dengan "rumusan makanan diet". Padanan yang tepat bagi formula dietary food ialah rumusan diet.
| Lain-lain | 27.07.2021 |
| Saya mohon bantuan menterjemah ayat ini yang berkaitan dengan bidang IT. 1. Such tools generate proof obligations and prove the obligations through automatic and interactive provers. 2. The specification is feed into the verification tools for syntax and semantic checking. terima kasih. | Untuk makluman puan kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Apa yang dapat kami bantu, puan perlu menterjemahkan dahulu teks tersebut ke dalam bahasa Melayu dan kami akan menyemak terjemahan yang telah dibuat. | Lain-lain | 16.10.2012 |
| Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "machine infeed"? Adakah "infeed mesin" boleh digunakan? Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Untuk makluman, infeed machine tidak boleh digunakan sebagai terjemahan bagi perkataan machine infeed. Pihak kami tidak dapat memberikan terjemahan yang tepat kerana konteks penggunaan ayat tidak diberikan. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan penggunaan perkataan yang lebih hampir maksudnya, iaitu mesin suapan kerana feed membawa maksud suapan. Hal ini disebabkan dalam istilah kami terdapat frasa feed system yang diterjemahkan sebagai sistem suapan dan pressure feed oil system dengan terjemahan system suapan tekanan. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.10.2017 |
| Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan-perkataan di bawah dalam konteks teknologi maklumat bagi pemasaran: - simplifying and automating - single source of truth - back end solution - accelerator (pemecut?) - connected tools - findability (kebolehcarian?) - push on line sales - push high retail prices - market on boarding - market user guides (panduan pengguna pasaran?) - decommissioned - dependencies (kebergantungan?) - feed the structure - machine learning - tailored for the market (disesuaikan mengikut pasaran?) - publish date - market publish date - modulate the sources (mengubah-ubah sumber?) - promote category - redirects (ubah hala?) - select market (pilih pasaran?) - view user profile (lihat profil pengguna?) - expand and collapse panels - change catalogs (tukar katalog?) - details panel (panel butiran?) - remove category (sisih kategori?) - categorize items (mengkategorikan item?) - create new category (cipta kategori baharu?) - move category (pindah kategori?) - publish category Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah: simplifying and automating – automatik dan pemudah single source of truth – sumber tunggal dipercayai back end solution – penyelesaian bahagian belakang/penghujung accelerator - pemecut connected tools – alat bersambung/penghubung findability - kebolehcarian push on line sales – peningkatkan jualan dalam talian push high retail prices – peningkatkan harga jualan tertinggi market on boarding – pasaran sedang niaga market user guides - panduan pengguna pasaran decommissioned – mematikan, menutup, menghapuskan (bergantung pada konteks ayat) dependencies - kebergantungan feed the structure – penambahbaikan machine learning – pembelajaran mesin tailored for the market - disesuaikan mengikut pasaran publish date – tarikh terbitan modulate the sources - modulat sumber promote category – kategori promosi redirects - ubah hala select market - pasaran pilihan view user profile - profil pengguna/pelawat expand and collapse panels – kecil atau besarkan panel change catalogs - tukar katalog details panel – Panel rinci remove category - buang kategori categorize items – mengkategorikan item create new category - cipta kategori baharu move category - pindah kategori publish category – terbit kategori | Makna | 15.09.2020 |
| 1)Milking Complex milk storage room, cold room, utility room, control room, operator pit, manager room, meeting room, office, surau, male toilet, female toilet, milking parlour area 2)Cow Barn 3)Calf Shed 4)Heifer shed 5)Silage Store 6)Bio-Security 7)Fertilizer Store 8)Feed store 9)Guard House 10)Cattle Surveillance Post 11)TNB Sub-Station H.T switch gear room,Transformer room,MSB room 12)Water Tank 13)Septic Tank 14)Waste/Manure Treatment Ponds 15)Cattle Loading/Unloading Area | 1)Kompleks Pemerahan Susu bilik penyimpanan susu, bilik sejuk, bilik utiliti, bilik kawalan, pit operator, bilik pengurus, bilik mesyuarat pejabat, surau, tandas lelaki, tandas perempuan, ruang memerah susu 2)Kandang Lembu 3)Kandang Anak Lembu 4)Kandang Lembu Dara 5)Stor Silaj 6)Bio Keselamatan 7)Stor Baja 8)Stor Makanan 9)Pondok Pengawal 10)Pos Peninjau Lembu 11)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi, bilik transformer, bilik MSB 12)Tangki Air 13)Tangki Septik 14)Kolam Rawatan Tinja 15)Ruang Pemunggahan Lembu | Istilah | 25.10.2011 |
| Mohon dapat meberikan terjemahan istilah dalam bidang IT berikut dalam Bahasa Melayu : "RSS Feeds", saya telah cadangkan "pengisian RSS" tapi tidak dapat diterima oleh rakan saya. Saya telah pun semak dalam kamus DBP tetapi jawapannya tidak seperti yang dikehendaki, sekian terima kasih. | Berdasarkan sumber rujukan kami, belum ada lagi padanan bagi istilah RSS Feeds, walau bagaimanapun dalam bidang komputer padanan feed ialah suapan. Oleh itu, kami mencadangkan Suapan RSS bagi istilah RSS Feeds. | Istilah | 10.11.2010 |