| Apakah istilah BM yang berlainan bagi 'feet' dan 'legs' ? Ayatnya begini: the disease may affect the ........ and the bones of the feet and legs'. | Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, feet: pl of FOOT. Manakala leg:  (limb of man, animal) kaki. Istilah 'feet' merujuk kepada bahagian kaki dari buku lali ke bawah manakala istilah 'leg' merujuk kepada bahagian kaki dari pangkal paha hingga ke buku lali. | Makna | 31.03.2011 | 
				| Saya ingin mendapatkan terjemahan dari B.Inggeris ke B.Malaysia dengan lebih tepat untuk Tajuk bungkusan seperti berikut :- Chicken Drumstick Chicken Thigh Chicken Wing Chicken Keel Chicken Rib Chicken Fillet Chicken Boneless Thigh Chicken Boneless Breast Chicken Boneless Leg Chicken Skinless Boneless Leg Chicken Skinless Boneless Breast Chicken Skinless Boneless Thigh Chicken Neck Chicken Gizzard Chicken Liver Chicken Feet Chicken Bishop Nose Chicken Fat Chicken Skin Chicken Broken Wing Chicken Drummet Chicken Mid Joint Wing Chicken Whole Leg Chicken BBQ Wing dan perlukah tajuk pada bungkusan mempamerkan bahasa Malaysia dan Inggeris? | Untuk makluman tuan, kami tidak memberikan perkhidmatan terjemahan, apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan. Oleh itu, sila terjemahkan dahulu dan kemukakan hasil terjemahan tersebut untuk semakan kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2015 | 
				| bolehkah saya dapatkan semakan terjemahan yang betul untuk senarai dibawah:- -Chicken Drumstick : Ayam drumstik -Chicken Thigh : Ayam Thigh -Chicken Wings : Kepak Ayam -Chicken Keel : Ayam Dada bawah -Chicken Rib : Tulang Rusuk Ayam -Chicken Fillet : Fillet Ayam -Chicken Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Tulang -Skinless Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Chicken Neck : Leher Ayam -Chicken Gizzard : Hempedal Ayam -Chicken Liver : Hati Ayam -Chicken Feet ; Kaki Ayam -Chicken Bishop Nose : Tongkeng Ayam -Chicken Broken Wings : Kepak Ayam patah? -Chicken Drummet ; Drummet Ayam -Chicken Mid Joint Wing : Kepak Tengah Ayam -Chicken Whole Leg : Seluruh Kaki Ayam -BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ | 1. Chicken Drumstick - Drumstick Ayam 2. Chicken Thigh - Paha Ayam
 3. Chicken Wings - Kepak Ayam
 4. Chicken Keel - Dada bawah Ayam
 5. Chicken Rib - Tulang Rusuk Ayam
 6. Chicken Fillet - Filet Ayam
 7. Chicken Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Tulang
 8. Chicken Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Tulang
 9. Chicken Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Tulang
 10. Skinless Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
 11. Skinless Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
 12. Skinless Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
 13. Chicken Neck - Leher Ayam
 14. Chicken Gizzard - Hempedal Ayam
 15. Chicken Liver - Hati Ayam
 16. Chicken Feet - Kaki Ayam
 17. Chicken Bishop Nose - Tongkeng Ayam
 18. Chicken Broken Wings - Kepak Ayam Patah
 19. Chicken Drummet - Drumet Ayam
 20. Chicken Mid Joint Wing - Kepak Tengah Ayam
 21. Chicken Whole Leg - Sepaha Penuh Ayam
 22. BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ
 | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2015 |