Adakah feri ke Pulau Langkawi petang besok? Adakah, petang besok - prnggunaannya betul? | Besok ialah bahasa percakapan bagi perkataan esok. Oleh itu, dalam situasi rasmi penggunaan perkataan esok yang gramatis. | Tatabahasa | 17.05.2012 |
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Mohon tanya sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan) 1)Apabila ayah pulang sahaja dari pejabat, adik bongsu kami segera mendapatkannya. 2)Beberapa orang askar yang belot terhadap kerajaan akan dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi. 3)Jumlah mangsa yang terkorban dalam kemalangan feri di Pulau Tioman baru-baru ini tidak terkira ramainya. Atas kerjasama tuan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekia, terima kasih. Terima kasih. Izani b. Hj. Daud | Penggunaan kata sendi nama dalam ayat pertama dan kedua kurang tepat, manakala penggunaan kata sendi nama dalam ayat ketiga adalah tepat. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih. | 1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur". 2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?" 3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan. 4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan. 5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan. 6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu." 7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang." Perkataan "menepi ke" mengelirukan. 8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif. | Tatabahasa | 26.11.2014 |