Pelancong yang mati lemas di Pantai Batu Feringgi itu berasal dari Australia. Adakah kesalahan dalam ayat di atas ? Terima kasih | Ayat yang digunakan betul. | Tatabahasa | 08.03.2020 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada frasa-frasa berikut memerlukan huruf besar atau tidak, terima kasih. 1. Pantai Batu Ferringgi 2. Bahasa Malaysia 3. Bahasa Melayu 4. Pantai Morib | 1. Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan merupakan nama khas. 2. Huruf b pada perkataan bahasa Malaysia dan bahasa Melayu ditulis dengan huruf kecil kerana ia merujuk kata nama am apabila dibincangkan secara umum. Jika merujuk mata pelajaran, Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 14.05.2009 |
Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih. | Jawapan : 1. kelas Tahun Lima Mawar 2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan merupakan nama khas. 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4. peperiksaan UPSR | Lain-lain | 20.10.2014 |
Salam tuan/puan, soalan saya bertarikh 20/10/14 masih belum dijawab. Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi/Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih. Semoga tuan/puan dapat menjawab dengan segera kerana saya perlu membetulkan kesilapan sekiranya ada sebelum buku dicetak. Terima kasih. | 1. kelas Tahun Lima Mawar 2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan merupakan nama khas. 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4. peperiksaan UPSR | Tatabahasa | 27.10.2014 |