Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi] | في

Definisi : (fai) huruf ke-21 abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi] | في

Definisi : (Udg) bayaran yg dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat profesional, spt khidmat guaman, perancangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah betul? Jika salah, mengapa? 1) enjoy access to wi-fi - nikmati akses ke wi-fi 2) connect to wi-fi - bersambung ke wi-fi 3) to connect to the Internet - untuk bersambung ke InternetAssalamualaikum tuan,

Padanan ayat untuk Enjoy access to wi-fi ialah "Nikmati akses Wi-fi", connect to wi-fi merujuk kepada "Sambungan Wi-fi" dan to connect to the Internet merujuk kepada "Untuk Berhubung Melalui Internet" atau "Untuk Sambungan Internet".Padanan ayat bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang sesuai mestilah mengikut konteks kesesuaian ayat.

Untuk pengetahuan tuan, kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Justeru, Wi-fi dan Internet tidak tergolong dalam kata ini dan penggunaan kata sendi ke sebelumnya adalah kurang tepat.

Sekian. Terima kasih.


Makna12.02.2018
apkah maksud FiFi bermakna bayaran yang dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat profesional, misalnya dalam khidmat guaman dan perancangan. Fi juga adalah huruf ke-21 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol.Makna29.11.2007
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Tap add WI-FI button to find one" sesuai diterjemahkan kepada "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencari Wi-Fi" atau "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencarinya"? Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi ayat tersebut ialah Ketik butang tambah untuk mencari Wi-Fi.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2018
salam sejahtera. contoh perkataan : fotografi untuk pecahan sebutan suku kata, mana yang benar? fo - tog - ra - fi atau fo-to-gra-fi atau fo-to-g-ra-fi. terima kasih atas perhatian.Fo-to-gra-fi.Lain-lain31.12.2009
Tuan, yang manakah betul dalam Bahasa Melayu, WiFi atau Wi-Fi? Terima Kasih.ejaan yang betul ialah wi-fiEjaan29.07.2011
Tuan, bagaimanakah ejaan bagi perkataan "wifi" yang betul?Ejaan yang betul ialah Wi-fi.Ejaan04.09.2013
Di sini saya blh katakan yang pendirian DBP adalah tidak tetap. senang cerita, tiada pendirian. cthnya : saya search ejaan utk perkataan Wifi. jadi, saya klik pd 'Khidmat Nasihat'. Ejaan yang saya jumpa:1) Wifi2) wifikat sini jelas, DBP tidak ambil kisah dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Saya boleh katakan kat sini yang bahasa Melayu sangat agresif dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Terima kasih. Saya cuma inginkan kepastian tentang ejaan sebenar Wifi. Bukan perkataan ini sahaja. Banyak lagi perkataan lain yang sama dengan soalan saya ni.Jadi, saya nak tekankan disini, pihak DBP, PRPM sila cakna dengan penulisan anda. kerana laman web prpm ni satu-satunya pusat rujukan untuk bahasa Melayu. Diterima pada : 3/26/2017 10:32:48 AMDalam istilah Teknologi Maklumat tercatat perkataan Wi-Fi. Wi-Fi ialah jenama dan ejaannya standard di seluruh dunia, bagaimanapun dalam carian kami pelbagai bentuk ejaan yang ditemukan.Ejaan26.03.2017
Minta tanya ada tak istilah khusus untuk WiFi( Bahasa inggeris ) dalam bahasa Malaysia baku?Untuk makluman tuan, perkataan Wifi daripada bahasa Inggeris diterima dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah wi-fi.Tatabahasa26.02.2014
Ejaan dalam bahasa malaysia untuk FeePadanan istilah fee dalam bahasa Melayu bergantung pada konteks dan bidang penggunaannya. Dalam bidang undang-undang, padanan fee dalam bahasa Melayu ialah fi. Untuk konteks umum, padanan fee dalam bahasa Melayu ialah bayaran, yuranEjaan30.07.2009
Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang?Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut:
(fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang).
Tatabahasa19.04.2013
12

Kembali ke atas