Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fibre


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
fibre broadband dalam bahasa melayu? boleh tidak saya gunakan perkataan broadband untuk papan iklan?Padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris "fibre broadband" ialah jalur lebar gentian. Sila gunakan istilah bahasa Melayu dalam papan iklan.Istilah23.12.2015
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge
2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana
3. high definition television – televisyen definisi tinggi
4. catch-all – rangkum semua
5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC)
6. hand router – penghala tangan
7. cleat – tetupai
8. infinity pool – kolam infiniti
9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV

Istilah14.03.2017
Terdapat dua istilah yang dikemukakan oleh Dewan Bahasa bagi perkataan 'fibre optic', iaitu 'optik gentian' serta 'gentian optik'. Manakah istilah yang lebih tepat digunakan dari aspek kejuruteraan atau komunikasi.Gentian optikIstilah29.10.2018
Salam. Bolehkah saya tahu istilah terjemahan paling sesuai bagi muscle fibre? Saya keliru dengan penggunaan serat atau gentian dalam menerangkan perihal otot. Terima kasih.Berdasarkan istilah perubatan, kedua-dua istilah, iaitu serat otot dan gentian otot adalah betul dan boleh digunakan.Istilah11.07.2013
tolong menterjemahkan ke bahasa malaysia 1)hydrolyzed gelatin 2)dietary fibre 3)contains edible gelatin from beef which derive only from cattle. 4)contains edible gelatin from beef1. gelatin terhidrolisis 2. serabut diet 3. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembu 4. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembuLain-lain18.01.2008
Mohon padanan kata untuk "stone wool" Definisi daripada laman web = Stone wool or Rock wool is a spun mineral fibre used as an insulation product and in hydroponics. T.Kasih.Istilah bahasa Melayu untuk rock wool ialah wul batuan.Istilah06.04.2011
untuk terjemahan ke bahasa melayu bagi tender berikut untuk diiklan dalam surat khabar utusan malaysia "tender for the provision of fibre optic cabling works via schedule of rate for telekom malaysia berhad"

Kami tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Sila cadangkan bahasa Melayunya dan kami akan betulkan tatabahasanya.

Lain-lain13.11.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah yang membezakan antara 'serat' dan 'serabut'? Apakah padanan yang paling tepat untuk konsep 'fiber' dalam teks teknikal. Terima kasih.Perkataan serat, serabut dan gentian merupakan padanan bagi istilah fibre dalam bahasa Inggeris. Serat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.Tatabahasa02.10.2013

Kembali ke atas