Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikirannya

Peribahasa

Cerdik perempuan meleburkan,
     saudagar muda menghutangkan.

Bermaksud :

Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang tepat. (a) Masalah itu menyebabkan fikirannya (mengacau). (b) Keadaan (mengacau) yang sedang berlaku di negara itu menakutkan rakyat.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
apakah orang gilaMenurut Kamus Dewan maksud gila :1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa;Lain-lain24.12.2007
apakah maksud puisi sebagai saluran komunikasiMaksud kenyataan puisi menjadi saluran komunikasi ialah puisi menjadi wahana atau saluran komunikasi kepada penyair untuk menyampaikan perasaan dan fikirannya tentang sesuatu perkara kepada khalayak pembaca.Lain-lain27.12.2007
AS SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA Soalan saya adalah berkaitan dengan kata hubung apa yang paling sesuai digunakan untuk ayat-ayat dibawah: 1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran. Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang. 2.Saya ada masa pada hujung minggu ini. Saya akan menziarahi rakan saya di hospital. 3. Rumah itu baru dibelinya. Rumah itu baharu. 4. Haris berhijrah ke luar negara. Haris memohon maaf atas segala kesilapannya. 5. Fikirannya buntu. Dia memohon cuti selama dua hari. Dia mahu menenangkan fikirannya. 6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas. Majalah itu sesuai dibaca oleh pelajar universiti. 7. Seluruh rakyat menderita. Rakyat berada dalam cengkaman penjajah.1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2. Saya ada masa pada hujung minggu ini untuk menziarahi rakan saya di hospital.
3. Rumah yang baru dibelinya itu rumah baharu.
4. Haris berhijrah ke luar negara dan memohon maaf atas segala kesilapannya.
5. Oleh sebab fikirannya buntu, dia memohon cuti selama dua hari untuk menenangkan fikirannya.
6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas dan pelajar universiti.
7. Seluruh rakyat menderita ketika berada dalam cengkaman penjajah.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251 - 254.
Tatabahasa13.05.2015
Apa makna perkataan "matang"Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, matang bermaksud 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll);Makna01.09.2010
Bagaimanakah penggunaan secara betul bagi perkataan 'dalam'/ 'di dalam' dan perkataan 'dari' /daripada. Terima kasih.

Dalam digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang, contohnya: dalam hal ini..., persoalan itu bermain-main dalam fikirannya.

Di dalam digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang mempunyai ruang, contoh: Semua peserta berkumpul di dalam dewan.

Penggunaan dari merujuk masa dan tarikh, contohnya; Kursus itu diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Daripada digunakan untuk merujuk perbandingan dan sumber, contohnya: Bakul ini diperbuat daripada rotan.

Tatabahasa21.05.2008
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul?terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti.Tatabahasa25.07.2012
Adakah perkataan "sendiri" kata gantinama? Jika tidak, ia dilingkungan apa dalam tatabahasa bahasa malaysia?Perkataan "sendiri" bukan kata ganti nama. Sendiri merupakan adverba yang berfungsi sebagai adjektif ataupun kata nama bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Contoh sebagai kata adjektif ialah Rencana itu merupakan hasil fikirannya sendiri atau Dia tinggal sendiri di rumah itu. Contoh sebagai kata nama ialah Dia tinggal di rumahnya sendiri.Tatabahasa02.09.2006
Untuk penggunaan 'di' seperti 'di dalam rumah', 'di' tersebut perlu dijarakkan kerana menunjukkan ruang, tetapi bagaimana pula bagi ayat 'di dalam hatinya'? adakah hal itu turut dikatakan mempunyai ruang walaupun dilihat secara abstrak yang menunjukkan perasaan?Penggunaan yang betul bagi ruang yang abstrak ialah dalam, seperti dalam hatinya dan dalam fikirannya. Frasa di dalam bagi ruang yang boleh dilihat fizikalnya secara jelas, seperti di dalam kelas dan di dalam kotak.Tatabahasa23.02.2016
maksud - menerawangMenurut Kamus Dewan, menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kainmempuntai beberapa maksud. Maksud pertama, melubangi, menembuk, menembus atau membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang juga bermaksud kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah. Selain itu, menerawang bermaksud termenung-menung atau memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya) atau berkhayal. Bagi membantu, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat NAsihat Bahasa DBP.Makna07.01.2007
123

Kembali ke atas