Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ over, (of eyes) berkaca: when she read the telegram her eyes ~ed over, sewaktu dia membaca telegram itu, matanya berkaca. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi make motion picture, membuat filem; (dated) membuat wayang (gambar): tomorrow we’ll be ~ing all day, esok kami akan membuat filem sepanjang hari; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt make a film of, memfilemkan: TV Malaysia will ~ the royal wedding, TV Malaysia akan memfilemkan perkahwinan diraja itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. a. movie, filem; (colloq) wayang; (dated) wayang gambar, gambar hidup; b. documentary, filem (rencana, dokumentari); 2. light-sensitive material, filem: a roll of ~, segulung filem; 3. art, business of film-making, perfileman: the ~ industry, industri perfileman; the age of ~, zaman perfileman; ~ world, dunia perfileman; (work) in ~s, (bekerja) dlm /dunia, industri/ perfileman; 4. thin layer, saput, lapisan; (of tears) genangan: a ~ of oil on the water, lapisan minyak di permukaan air; the first thing she noticed was the ~ of dust on the furniture, yg mula-mula dilihatnya ialah saput habuk pd perabot; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata film


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Say aagak musykil untuk terjemah "adventure film" dan "swashbuckler film" yang kedua-duanya bermaksud "filem kembara. Tapi jika ikut istilah bahasa Inggeris, swashbuckler adalah subgenre adventure. "Swashbuckler film" bermaksud subgenre genre filem pengembaraan, yang sering dicirikan oleh pertarungan pedang dan watak-watak kepahlawanan, yang dikenali sebagai swashbuckler. Manakala "adventure film" pula unsur plot utama merangkumi pencarian benua yang hilang dan suasana eksotik; perjuangan dan situasi yang menghadapi watak-watak utama, penciptaan kerajaan, watak-watak yang memulakan pencarian harta karun dan kepahlawanan, pencarian (quest), penerokaan, pencarian dan pencarian yang tidak diketahui biasanya juga harus mengatasi musuh. Jadi bagai mana terjemahan yang sesuai untuk membezakan kedua-dua itilah yang hampir sama ini? Adakah kekalkan "swashbuckler film" sebagai "filem swashbuckler"?Padanan bahasa Melayu untuk "adventure film" ialah filem kembara manakala "swashbuckler film" ialah filem kepahlawanan.  Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Makna02.09.2020
medium format film cameras bagaimana mahu terjemahkan?Tiada dalam data terjemahan medium format film cameras, kami mencadangkan perkataan itu diterjemahkan kepada kamera filem format sederhana. Bagaimanpun terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan23.11.2016
Salam, Adakah "unsteady thin-film flow with strong surface-tension effect" jika diterjemah ke Bahasa Melayu berbentuk "aliran filem nipis tak mantap dengan kesan tegangan permukaan yang kuat"?Terjemahan diterima.Ejaan27.08.2019
Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain.1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar.


2. Apabila  berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan  mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain.
Tatabahasa11.12.2013
Apakah padanan yang paling tepat untuk istilah "Period Drama" yang merujuk kepada: "a television or film production set in a particular historical period and characterized by the use of costumes, sets, and props that are typical or evocative of the era." Terdapat istilah "period play" yang dipadankan dengan istilah "lakon zaman" di laman web prpm. Adakah bersesuaian jika "period drama" diterjemahkan kepada "drama zaman"? Terima kasih.Padanan yang paling sesuai untuk istilah period drama ialah drama zaman.Istilah07.07.2022
2. Dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan kuota warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji Film. Bolehkah saya menggunakan perkataan Dimaklumkan bahawa atau adalah dimaklumkan bahawa di hadapan ayat? dan sekiranya tidak boleh apakah ayat yang baik untuk digunakan bagi ayat diatas?

Frasa yang betul:

  1. Dengan ini dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
  2. Untuk makluman tuan/puan, unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.

Tatabahasa17.10.2022
apakah yang dimaksudkan dengan Fdam?Dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan Fdam. Mungkin yang saudara maksudkan itu merujuk singkatan Film Directors' Association of Malaysia (FDAM) atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Persatuan Sutradara Malaysia. Walau bagaimanapun, singkatan FDAM ditulis menggunakan huruf besar. Lain-lain02.03.2009
Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "talent agent"? Istilah ini merujuk kepada ejen yang menguruskan atau/dan mencari bakat seperti pelakon, penyanyi, model dan sebagainya. Terima kasih Jawapan yang diberikan Kami mencadangkan talent agent diterjemahkan kepada Agensi Pencarian Bakat. Mohon pihak tuan mempertimbangkan padanan terjemahan tersebut berdasarkan maksud talent agent. A talent agent, or booking agent, is a person who finds jobs for actors, authors, film directors, musicians, models, film producers, professional athletes, writers, screenwriters, broadcast journalists, and other people in various entertainment or broadcast businesses Agent yang dimaksudkan bukanlah agensi tetapi merujuk kepada seorang ejen. Terima kasihUntuk makluman tuan, ejen bermaksud orang atau syarikat yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. Boleh juga disebut Ejen Pencarian Bakat jika ia merupakan orang atau syarikat yang mengendalikan hal ehwal pencarian bakat. Manakala Agensi pula bermaksud tempat atau pejabat ejen berkenaan.Tatabahasa10.11.2017
apakah maksud karakter?

Saudara,

Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita.

Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu.

Makna16.09.2010

Kembali ke atas