Salam sejahtera, Bolehkah "Find As You Type" diterjemahkan kepada berikut? 1. Cari Semasa Anda Menaip 2. Cari Saat Anda Menaip Penggunaan kata untuk perisian(teknologi maklumat). Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. | Padanan atau terjemahan sangat bergantung pada konteks penggunaan. Tanpa mengambil kira konteks penggunaan, frasa “Find As You Type” secara literalnya boleh sahaja diberikan padanan "cari semasa anda menaip” atau "jumpa/ketahui semasa anda menaip". Sila berikan konteks penggunaan frasa “Find As You Type” yang puan maksudkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.01.2018 |
SAlam, where can I find the English translation of `tak dapat tanduk telinga dipial' and its meaning and `marahkan Nyamok kelambu dibakar, meaning too. JKK, syukran, wassalam | Anda boleh merujuk kedua-dua makna peribahasa ini dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 29.08.2014 |
Hi, I would like to find certified translator for english to Malay translation. Is DBP provides any certified translator? Thank you. Regards, Goay | DBP tidak memyediakan perkhidmatan terjemahan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (Malaysian Translators Association) melalui talian 03-92262506. | Lain-lain | 07.03.2017 |
Salam. No matter "where" you are, I will always find you. Walau "di mana" awak berada, saya akan sentiasa mencari awak. Mengikut hukum tatabahasa, "kata tanya" tidak boleh digunakan dalam "ayat penyata." Jadi apakah terjemahan yang tepat untuk ayat bahasa Inggeris tersebut? Terima kasih. Salam. | Untuk makluman tuan/puan, kata tanya yang hendak digunakan dalam ayat penyata perlu digandakan. Contohnya “di mana-mana” atau “di mana-mana pun“. (Walau di mana-mana pun awak berada, saya akan sentiasa mencari awak.) | Penyemakan dan penterjemahan | 16.04.2017 |
Tang Pui Kwan SEP 11TH, 11:56AM salam sejahtera, i would like find out more about kursus basic bahasa melayu for foreigner. Is this about pricing?YesNo 1.when is the next intake? 2. how many classes for the entire programme? 3.how many hours in total, 4. how much is the course fee + registration fee (if any?) thank you | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224. | Lain-lain | 11.09.2016 |
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Tap add WI-FI button to find one" sesuai diterjemahkan kepada "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencari Wi-Fi" atau "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencarinya"? Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi ayat tersebut ialah Ketik butang tambah untuk mencari Wi-Fi. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2018 |
Please look up the meaning for me of the following words:- maghfirah mardiah I could not find the meaning anywhere. Please help. Thank-you. | maghfirah: Ar ampun, maaf. (sama seperti maksud maghfirat dalam KD4) mardiah: orang yang reda (yang ikhlas dsb) | Makna | 19.08.2009 |
Apakah padanan Bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah "dude ranch" dalam ayat yang berikut? On vacation, Alan and Denny find they’re the least popular guests at a dude ranch. When the irritating Melvin Palmer shows up, it only gets worse. | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi dude ranch atau guest ranch ialah "ladang pelancongan." | Lain-lain | 12.05.2022 |
No. Pendaftaran : 54441/2016 Syarikat : Best View Corporation Sdn Bhd Refer to the above registration no, we would like to find out why our application is rejected and why is the reason ? We had apply more than 3 times, but every time also did not given the reason why u reject. Appreciate if u could advice. We had try to call so many time to your center, but sad to tell u nobody answer the call. Look forward reply from u soon. TQ. BR, Ivy Tan 03-3343 5112 / 5113 016-967 2079 | Sila buka semula permohonan tuan dan di ruang komen terdapat kesalahan yang dinyatakan oleh petugas kami. Komen petugas kami adalah seperti yang berikut: 1. Tukar "Contact us at" kepada Hubungi kami melalui talian 2. Tukar "PICTURE FOR ILLUSTRATION PURPOSES ONLY" kepada GAMBAR UNTUK TUJUAN ILUSTRASI SAHAJA 3. Tukar "TERMS AND CONDITIONS APPLIES" kepada TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT 4. Tukar "STAY WITH US AND FEEL LIKE HOME" kepada bahasa Melayu. Sila buat pembetulan dan hantar semula visual tersebut untuk pengesahan. | Lain-lain | 05.11.2016 |
Assalammualaikumm, Saya ada soalan berkenaan penggunaan perkataan "menemui" dan "menemukan". Untuk ayat ini, adakah penggunaan ayat ini betul? Bahasa Inggeris Asal: People may find other ways to save messages Bahasa Melayu: Pengguna mungkin menemui cara lain untuk menyimpan mesej Saya melihat beberapa rujukan yang menyatakan "menemui" boleh digunakan untuk objek tidak bernyawa dan penggunaannya sesuai untuk konteks berbeza. Saya kurang pasti untuk konteks Teknologi Maklumat, adakah penggunaan konsep ini sama. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menemui sama makna dengan menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari dan lain-lain, mendapat, mendapati. Oleh itu, penggunaan perkataan menemui dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 19.07.2022 |