Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fine


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan bagi istilah 'fine-dining' dan 'fine-dining restaurant". Adakah 'makan beradab' dan 'restoran mewah' boleh digunakan?Belum ada lagi padanan bagi istilah fine-dining dan fine-dining restaurant dalam sumber rujukan kami. Tidak ada terjemahan makan beradab ke bahasa Inggeris kerana makan beradab diketahui wujud dalam budaya Melayu dan lazimbnya bentuk-bentuk budaya ini dikekalkan penggunaannya. Satu contoh penggunaan restoran mewah yang terdapat dalam Kamus Inggeris Dewan ialah posh restaurant bukan fine-dining restaurant.Istilah17.09.2010
Salam sejahtera. Tuan, boleh berikan terjemahan yang tepat ke dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "fine dining". Konteksnya - My husband and I will be celebrating our 20th anniversary with fine dining. Terima kasih.Belum ada lagi padanan bagi istilah fine-dining dalam sumber rujukan kami. Daripada carian kami, istilah ini bukan  budaya di Malaysia. Sukacita kami mencadangkan salah satu terjemahan bagi ayat ini ialah “Saya dan suami akan meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-20 di restoran mewah”.Istilah28.08.2014

Kembali ke atas