Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fiqh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt Tuan, a) Apakah status izin terbit n bilakah penerbitan semula Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP? b) Bolehkah saya pinjam Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP, dari pihak DBP, bagaimana caranya? c) Adakah masih diterbitkan Tafsir Mubin dan adakah boleh dibeli dari pihak DBP? d) Bolehkah pihak DBP berkongsi atau dibelu salinan digital Tafsir Mubin dan Fiqh & Perundangan Islam, memandangkan tiada lagi di pasaran Sekian, terima kasih, shaharSalam tuan,

Buku Fiqh dan Perundangan Islam,

Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku terjemahan karya Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam.

Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan.

Buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam yang diterbitkan oleh DBP ada ditempatkan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Oleh itu, tuan boleh menghubungi Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khai melalui nombor telefon 03- atau e-mel linda@dbp.gov.my untuk urusan selanjutnya.

Urusan pembelian buku Tafsir Mubin boleh dilakukan di Kedai Buku DBP Hulu Kelang atau melalui portal DBPNiaga.my sekiranya masih ada stok.Tuan boleh berhubung dengan Encik Muhammad Rasul bin Abd Manan melalui nombor telefon 03-4100 0000 atau e-mel rasul@dbp.gov.my.bagi tujuan tersebut.

Untuk makluman tuan, buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam dan Tafsir Mubin tidak diterbitkan dalam bentuk digital.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain02.10.2021
Assalamualaikum wbt Tuan, Kenapa DBP tidak lagi menerbt Fiqh & Perundangan Islam, Zuhaili, DBP? Boleh saya cadangkan diterbit semula? Atau adakah saya masih lagi boleh mendapatkannya? Adakah DBP pernah menerbitkan versi ebook? Sekian, terima kasih ShaharSaudara Shahar bin Kamarudin yang dirahmati Allah SWT,

Penerbitan Buku Fiqh dan Perundangan Islam

Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku  terjemahan karya Prof. Dr. Wahbah Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam.

2. Untuk pengetahuan saudara, buku tersebut tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku itu telah tamat. Permohonan semula izin terbit  buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek, DBP. Namun, disebabkan penerbitannya memerlukan kos yang tinggi termasuk untuk memperoleh  izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan, maka penerbitannya terpaksa ditangguhkan. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat membekalkan buku tersebut kerana tiada stok dalam bentuk bercetak. Disebabkan perkara tersebut, buku ini juga tidak dapat diterbitkan dalam bentuk digital kerana izin terbit daripada penerbit asal tidak diperoleh.

Sekian, untuk makluman.
Lain-lain18.09.2021
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Apakah status terkini penerbitan buku Fiqh & Perundangan Islam, wahbah al-zuhaili, terbitan DBP? Adakah telah diputuskan tidak lagi diterbitkan? Tahun terbitan berapakah telah mula terdapat Jilid 8? Apakah tahun terbitan paling terakhir untuk buku tersebut? Bilakah tarikah buku tersebut telah tidak dijual atau tidak dicetak lagi? Adakah pihak tuan/puan mempunyai stok lama atau buku terpakai yang boleh saya beli? Bagaimana saya boleh perolehi untuk bacaan buku tersebut untuk Jilid 8, saya telah mencari dan tidak ada di perpustakaan sekalipun? Bolehkah tuan/puan cadangkan mungkin ada orang perseorangan yang memiliki Jilid 8 supaya mungkin saya boleh pinjam atau beli dari beliau. Mohon maklum balas Sekian, terima kasihSalam tuan,

Penerbitan buku Fiqh & Perundangan Islam, wahbah al-zuhaili

1.    (soalan 1-2) Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan.

2.     Tahun terbitan bagi jilid 8 adalah pada tahun 2011.

3.     Tahun terbitan terakhir adalah pada tahun 2011.

4.     DBP tidak lagi dapat membekalkan buku ini kerana sudah tiada stok.

5.     Walau bagaimanapun, tuan boleh mendapatkan buku ini di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Kuala Lumpur sekiranya ingin membuat rujukan.

6.     Buku ini boleh diperoleh di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sebagai buku rujukan sahaja. Tuan boleh menghubungi talian 03-21479000.

7.     Soalan nombor 8: Mohon maaf, kerana di luar pengetahuan kami.


Sekian.
Lain-lain25.10.2021
Ibnu Ibrahim Nov 10th, 8:39pm askm tuan sy nk tya buku terjmhan fiqh islam wa adilatu krgan dr wahbah zuhaili ada stok ke? Ibnu Ibrahim Nov 10th, 8:39pm satu lg buku daftar ejaan jw ada ke?Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain11.11.2015
Abu Musa Muhammad Suria 23HB JUN 9.38 PAGI Assalamualaikum, saya nak beli buku 'Fiqh & Perundangan Islam' karya Wahbah Zuhaili yang dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Masih ada jual lagi ke?Sila hubungi Ujana Buku di talian 03-4101 0023/0028/0025 atau layari http://dbpniaga.my/ms/ untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.Lain-lain23.06.2017
adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

 

Tatabahasa03.11.2022
Salam, Saya keliru mengenai ejaan samada huruf besar atau kecil digunapakai bagi matapelajaran-matapelajaran. contoh di bawah ini adalah keratan artikel dari PTS: Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar Salah satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh penulis adalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Ini menyebabkan proses editing menjadi lebih panjang. Berikut adalah panduan penggunaan kedua-dua jenis huruf itu: Huruf kecil untuk nama bidang ilmu. Saya memasuki kursus Matematik, Fizik dan Mekatronik. (SALAH) Saya memasuki kursus matematik, fizik dan mekatronik. (BETUL) Imam Shafie adalah pakar bidang Usul Fiqh. (SALAH) Imam Shafie adalah pakar bidang usul fiqh. (BETUL) Buku-buku bidang Sirah dan Hadith banyak terdapat dalam pasaran. (SALAH) Buku-buku bidang sirah dan hadith banyak terdapat dalam pasaran. (BETUL)Asalnya contoh yang diberi seperti matematik, kimia fiqah dan sebagainya ialah kata nama am. Kami juga bersetuju jika senarai tersebut merujuk bidang secara umum masih dikategorikan sebagai kata nama am. Walau bagaimanapun merujuk contoh yang diberi kami menganggap subjek tersebut sebagai kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar.Ejaan23.11.2008

Kembali ke atas