Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n menangkap ikan; (with fishing rod) memancing, mengail: his hobby is ~, kegemarannya ialah memancing. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st up, (colloq ) terpancing sst: he ~ed up an old boot from the lake, dia terpancing but buruk dr tasik itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ in; ~ in troubled waters, /menangguk, memancing/ di air keruh, menahan jerat di pergentingan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ for, a. menangkap; (with fishing rod) memancing, mengail; (with net) menangguk; (with cast-net) menjala; (with seine-net) memukat; b. (fig.) memancing: she’s always ~ing for compliments, dia selalu memancing pujian; to ~ for information, memancing maklumat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. menangkap ikan; (with fishing rod) memancing, mengail; (with net) menangguk; (with cast-net) menjala; (with seine-net) memukat: he always ~es in that stream, dia selalu memancing di anak sungai itu; go ~, (US) pergi menangkap ikan; 2. (fig.) memancing: stop asking questions! I know you’re just ~ing, berhentilah bertanya! Saya tahu kamu ini memancing saja; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n ikan; (if cooked), (lauk) ikan: I just saw a ~ come out from behind that stone, saya baru ternampak seekor ikan keluar dr balik batu itu; we’ll be having ~ for dinner, kita akan makan lauk ikan malam ini; a /cold, queer /~, /dingin, pelik/ orangnya; drink like a ~, kuat minum; have /bigger, other /~ to fry, (colloq) ada hal yg lebih penting; play a ~, memain-mainkan ikan; there are (plenty of) other ~ in the sea, there are plenty more ~ in the sea, pecah buyung, tempayan ada; (esp in connection with break-up of relationship) bunga tak sekuntum, kumbang tak seekor; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. attempt to catch fish in, menangkap ikan di; (with fishing rod), /memancing, mengail/ ikan di; (with net) menangguk ikan di; (with cast-net) menjala ikan di; (with seine-net) memukat ikan di: we shall ~ the pond tomorrow, kami akan menangkap ikan di kolam itu esok; 2. attempt to catch, menangkap; (with fishing rod) memancing, mengail; (with net) menangguk; (with cast-net) menjala; (with seine-net) memukat: I’d prefer to ~ salmon, saya lebih suka menangkap ikan salmon; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st out, a. draw st out of water etc, mengeluarkan sst: the police ~ed the bicycle out of the canal, polis mengeluarkan basikal itu dr parit; he ~ed out some coins from his pocket, dia mengeluarkan syiling dr sakunya; b. (usu pass.) empty st of all its fish, (act.) menangkap ikan di sst hingga habis, menghabiskan ikan di sst; (pass.), /kehabisan, kekeringan/ ikan: it was the foreign trawlers that ~ed out these waters, pemukat tunda asinglah yg menghabiskan ikan di perairan ini; the pond has been ~ed out, kolam itu kehabisan ikan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fish

Peribahasa

120

Don't cry stinking fish

Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.

Campak baju nampak kurap

You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.

Kamu seperti campak baju nampak kurap semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut/ Fish Scaling Machines Fish Skinning Machines Fish Trimming Robots Fish Trimming Stations Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Fish Scaling Machines - Mesin Buang Sisik
Fish Skinning Machines - Mesin Buangn Kulit
Fish Trimming Robots - Robot Potong Ikan
Fish Trimming Stations - Stesen Potong Ikan
Istilah28.01.2016
Tolong semak ayat di bawah sama ada betul atau tidak? Bahasa Inggeris: Why are you smiling at that fish? Fish di atas merujuk kepada lauk ikan di atas pinggan. Adakah terjemahan yang sesuai: Kenapa awak tersenyum pada / kepada ikan itu? Haiwan yang sudah mati juga menggunakan "kepada"? Nota kaki: Kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

Ayat yang betul ialah Kenapa awak tersenyum pada ikan itu?

Tatabahasa18.08.2021
Apakah padanan bagi "lobe-finned fish" dan "ray-finned fish" dlm bahasa Melayu? Ikan sirip cuping dan ikan sirip ruji?Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies ikan belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan untuk mengemukakan pertanyaan berkaitan spesies ikan kepada agensi yang berkaitan.Penyemakan dan penterjemahan22.08.2025
Why do fish die when they leave the water? Mengapakah ikan akan mati apabila tidak berada di dalam air? adakah ayat terjemahan tersebut gramatis?Why do fish die when they leave the water? Mengapakah ikan akan mati apabila tidak berada di dalam air? Terjemahan ini boleh digunakan.Lain-lain09.08.2018
Apakah ayat yang betul untuk menterjemah ayat "Fish Meat"? Daging Ikan atau Isi Ikan? Terima kasih

Terjemahan yang sesuai untuk Fish Meat ialah isi ikan.

Penyemakan dan penterjemahan13.03.2025
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge
2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana
3. high definition television – televisyen definisi tinggi
4. catch-all – rangkum semua
5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC)
6. hand router – penghala tangan
7. cleat – tetupai
8. infinity pool – kolam infiniti
9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV

Istilah14.03.2017
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut dari bidang Perikanan: 1. Fry counter 2. Smolt counter 3. Fish Farm Paddlewheel Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. fry counter - penghitung benih ikan
2. smolt counter - penghitung smolt
3. fish farm paddlewheel - kincir penternakan ikan
Istilah05.04.2016
Apakah perkataan yang sesuai untuk "biodiverse"? Contoh ayat: This biodiverse haven hosts over 59 species of migratory birds, 200 bird species, 24 freshwater fish species, and diverse aquatic wildlife and flora.Cadangan padanan bagi istilah biodiverse dalam bahasa Melayu ialah pelbagai biologi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah07.03.2024
Padanan perkataan atau istilah seperti yang berikut telah ditukar: Meat or fresh meat 141. (1) Meat or fresh meat shall be the edible part of the skeletal muscle of an animal, other than fish, that is normally used for human consumption and that was healthy at the time of slaughter. It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs. Daging atau daging segar 141. (1) Daging atau daging segar hendaklah bahagian boleh makan daripada otot rangka sesuatu binatang, selain ikan, yang biasanya digunakan untuk makanan manusia dan yang sihat pada masa penyembelihannya. Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Adakah padanan yang digunakan adalah bersesuaian bagi accompanying, sinew, nerve, dressing dan edible organ?Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

accompanying - sertaan
sinew - sinew; tendon
nerve - saraf
dressing - pelapahan
edible organ - organ boleh dimakan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain05.06.2021
Salam sejahtera...saya ingin pertanyaan adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih.Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan.Istilah26.09.2025
12

Kembali ke atas