Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fit

Peribahasa

242

A little is better than non

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but a little is better than non . Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A'kum dan Salam 1 Malaysia, saya Che'Rozaniza Binti Azizan, pelajar PhD daripada UPM memerlukan khidmat terjemahan bagi perkataan bahasa Inggeris ini: discriminant convergent Untuk makluman tuan/puan, ini adalah ayat asal perkataan tersebut: "........D-A fit, and N-S fit are three dimensions of P-E fit and have both convergent and discriminant effects on the outcomes" Segala bantuan dan maklum balas daripada pihak tuan/puan adalah amat saya hargai dan sanjungi. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "discriminant convergent" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah bahasa Melayu untuk "discriminant", iaitu diskriminan atau pembeza layan. Istilah untuk "convergent" ialah tumpu, tumpuan atau konvergen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tumpuan pembeza layan atau tumpuan diskriminan.Istilah18.07.2013
Perkataan slim fit jika diterjemahkan bagaiman ye utk saya buat iklanUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "slim fit" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah muat padan.Istilah27.05.2016
Salam sejahtera. "Snugly fit" to be translated into Bahasa Melayu is "muat padan"? any better translation? Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi snugly fit ialah muat padan atau ngam-ngam.Penyemakan dan penterjemahan24.10.2023
Minta jasa DBP memadankan istilah senaman berikut ke dalam bahasa Melayu: 'Cross fit', 'High Intensity Interval Training (HIIT)', dan 'Low Intensity Interval Training (LIIT). Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1) Crossfit: Crossfit

2) High Intensity Interval Training (HIIT): latihan berjeda keamatan tinggi (HIIT)

3) Low Intensity Interval Training (LIIT): latihan berjeda keamatan rendah (LIIT)

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah10.04.2022
Apakah pemenggalan suku kata bagi perkataan "Aidilfitri"? Terima kasih.Pemenggalan suku kata bagi perkataan "Aidilfitri" ialah [Ai.dil.fit.ri]Ejaan21.02.2018
Puan/tuan, Soalan: Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "subscription" . Sama ada boleh menggunakan perkataan "langganan" atau "pelangganan". Teks Bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "(1)(c), the Minister may make such arrangements as he sees fit for the underwriting of any offer for subscription or sale of the securities". Adakah perkataan "pelangganan" betul dari segi tatabahasa. Sekian, terima kasih.Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, perkataan pelangganan lebih sesuai digunakan sebagai padanan istilah subscription yang membawa maksud hal atau perbuatan melanggan atau melanggani.Lain-lain30.06.2021
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "hold, refrigerating and cool chambers sea-going vessels" dalam konteks ayat di bawah: 1. The carrier shall be bound, before and at the beginning of the voyage, to exercise due diligence to— “….make the holds, refrigerating and cool chambers, and all other parts of the ship in which goods are carried fit and safe for their reception, carriage and preservation. “ " Sama ada boleh diterjemah sebagai "palka, ruang sejuk dingin dan semua bahagian lain kapal yang di dalam barang diangkut sesuai dan selamat bagi penerimaan, pengangkutan dan pemeliharaannya dalam konteks ayat di bawah"? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "palka, ruang penyejukan dan semua bahagian lain pada kapal yang menempatkan barangan yang dibawa elok dan selamat untuk diterima, dibawa dan dijaga".Penyemakan dan penterjemahan24.09.2021
Padanan bagi “loin” dalam peruntukan di bawah ini ialah “pinggang”. Melalui semakan kami di PRPM pula “loin” juga ialah “loin”. Walau bagaimanapun, jika kami bercadang untuk menggunakan padanan “loin” sebagai “pinggul”, adakah ia merupakan padanan yang tepat. Suet 181. (1) Suet shall be edible fat rendered from fresh, clean, sound fatty tissues from the region of the kidney or loin or caul of bovine, ovine or caprine animal or a combination of these, that was healthy at the time of slaughter and fit for human consumption. Suet 181. (1) Suet hendaklah lemak makan yang diperoleh daripada tisu lemak yang baik, bersih dan segar daripada bahagian buah pinggang atau pinggang atau kaul binatang bovin, ovine atau caprine atau kombinasinya, yang sihat pada masa sembelihan dan sesuai untuk makanan manusiaKami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

loin - loin

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.06.2021

Kembali ke atas