Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan jahat yg sengaja dibuat utk memburuk-burukkan seseorang: Tuduhan itu ~ semata-mata. memfitnah membuat fitnah; memburuk-burukkan nama orang dsb; menuduh (kerana tujuan jahat): Dia mencuba ~ aku, supaya aku ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitnah

Puisi
 

Kain ini carik di tengah,
     Mari dijahit budak hulu;
Tengah berkasih datang fitnah,
     Baik kita berhenti dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh saya tahu perkataan "fitnah" berasal dari mana ya? saya ingin jadikan rujukan..

Salam sejahtera,

Perkataan fitnah berasal daripada Bahasa Arab, namun setelah dimelayukan, perkataan tersebut tidak lagi menepati makna asalnya.

Lain-lain16.11.2012
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona'

Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah.

mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:

Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Makna03.07.2009
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Assalamualaikum 1. Mengapa perkataan yang bermula dengan huruf konsonan f digugurkan apabila menerima imbuhan meN seperti faham menjadi memahami dan fikir menjadi memikirkan dan mengapakah konsonan ini tidak tergolong dalam kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s yang digugurkan.Dalam buku Tatabahasa Dewan, contoh berkenaan diterangkan di bawah tajuk Bentuk Awalan meN- tanpa menjelaskan alasan rumus tersebut ditetapkan sedemikian. Berdasarkan huraian dalam buku Tatabahasa Dewan bentuk tersebut terpakai bagi kata jati Melayu dan kata yang telah lama diserap masuk dan diterima sebagai kata Melayu. Contohnya faham, berubah menjadi memahami tetapi tidak bagi perkataan fitnah yang berubah menjadi memfitnah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 152.Tatabahasa30.04.2013
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih.Salam sejahtera,
Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan.
Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini,  penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu  tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya.
Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis.
Lain-lain08.01.2012

Kembali ke atas