Salam. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi istilah flat-packed building. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, istilah "flat-packed building" tiada dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, padanan yang paling hampir dan sesuai dengan konsep istilah "flat-packed building" ialah binaan pasang siap. | Istilah | 04.11.2013 |
mana lebih tepat. Flat atau flet | 1. Flat: sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah). 2. Flet: Tanda kromat untuk not muzik dalam sistem skala. | Ejaan | 04.04.2017 |
contoh ayat : suatu pameran dan ceramah antidadah telah _____ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Mana satu jawapan yang betul : (a)diadakan (b) dianjurkan Apakah perbezaannya? | Suatu pameran dan ceramah antidadah telah ____dianjurkan_ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Perkatan yang lebih tepat ialah dianjurkan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah " Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Flat Damai dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan. Diadakan bermaksud dijadikan ada manakala dianjurkan bermaksud mengemukakan sesuatu.
| Tatabahasa | 31.05.2013 |
KESAN KEKASARAN PERMUKAAN KE ATAS LAPISAN SEMPADAN PADA PLAT RATA. SOALAN SAYA : Adakah perkataan ke atas itu perlu dijarakkan atau tidak dan ejaan "plat rata" dari perkataan inggeris " Flat plate". Terima kasih. | Ayat yang betul - Kesan kekasaran permukaan pada lapisan sempadan plat rata. Padanan flat plate dalam bahasa Melayu ialah plat rata. | Tatabahasa | 15.06.2009 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan bahasa melayu yang sesuai bagi perkataan di bawah? 1) Canvas Bag 2) Goodie Bag 3) Document Holder 4) Ring File 5) Flat file 6) Report Card Holder Terima Kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1) Canvas Bag - Beg Kanvas 2) Goodie Bag - Beg Cenderamata 3) Document Holder - Pemegang Dokumen/Bekas Dokumen/Fail Dokumen 4) Ring File - Fail Gelang 5) Flat File - Fail Rata 6) Report Card Holder - Pemegang Kad Laporan/Bekas Kad Laporan/Fail Kad Laporan | Istilah | 23.12.2016 |
Saya perlu tahu terma berikut di dalam Bahasa Malaysia: 1) Hot rod 2) Flat(merujuk pada lapangan tasik bergaram yang telah menyejat) 3) roadster 3) belly tanker 4) lakester Terima kasih. | Untuk makluman Saudara, berdasarkan semakan kami pada masa kini tiada istilah khusus bagi terma tersebut. Pihak Saudara boleh mengejanya secara miring (italic). | Penyemakan dan penterjemahan | 02.11.2015 |
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "curling" yang merujuk kepada a game played on ice, especially in Scotland and Canada, in which large, round, flat stones are slid across the surface toward a mark. Members of a team use brooms to sweep the surface of the ice in the path of the stone to control its speed and direction. Terima kasih | Berdasarkan carian data kami, belum ada padanan bahasa Melayu bagi perkataan curling. Kami akan mengemukakan istilah tersebut dalam Jawatankuasa Istilah Semasa bagi mendapatkan padanan yang sesuai. Tuan bolehlah menggunakan perkataan tersebut dengan meletakkan tanda petik seperti "curling" atau ditulis dengan tulisan italik dalam teks berbahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.10.2017 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. Weight Stacks Pro Style Dumbbells Hex Style Dumbbells Tricep Bar EZ Curl Bar Flat Bench Hyper Extension Bench Preacher Bench Arm Blaster Abdominal Bench Leg Press Machine Hack Squat Machine Leg Curl Machine Chin Up /Dipping Bars Squat Rack Leg Abduction Machine Lat Pull Down Machine Pec Deck Machine Treadmills Elliptical Trainers Adaptive Motion Trainers Stepmills Stationary Rowers Chest Press Machine TRX Suspension Training Incline Barbell Bench Press Supine Pec Flys Depth Push-Ups Decline Push-Ups Smith Machine Bench Press Machine Vertical Chest Press Standing Hammer Curl Preacher Curl Machine Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. 1) Weight Stacks, 2) Pro Style Dumbbells, 3) Hex Style Dumbbells, 4) Tricep Bar, 5) EZ Curl Bar 6) Flat Bench 7) Hyper Extension Bench, 8) Preacher Bench, 9) Arm Blaster, 10) Abdominal Bench, 11) Leg Press Machine, 12) Hack Squat Machine, 13) Leg Curl Machine, 14) Chin Up /Dipping Bars, 15) Squat Rack, 16) Leg Abduction Machine, 17) Lat Pull Down Machine, 18) Pec Deck Machine 19)Treadmills, 20) Elliptical Trainers, 21)Adaptive Motion Trainers Stepmills, 22) Stationary Rowers, 23) Chest Press Machine, 24) TRX Suspension Training, 25) Incline Barbell Bench Press, 26) Supine Pec Flys, 27) Depth Push-Ups, 28) Decline Push-Ups, 29) Smith Machine Bench Press, 30) Machine Vertical Chest Press, 31) Standing Hammer Curl, 32) Preacher Curl Machine, 33) Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
Saya ingin bertanya beberapa istilah Indonesia. Saya menerima surat yang datang dari Indonesia, tapi saya kurang faham mengenai maksudnya. Contohnya, Hunian, Rumah Susun, cp. | 1. Hunian bermaksud tempat yang dihuni /tempat tinggal/ kediaman 2. Rumah Susun bermaksud rumah atau bangunan bertingkat yang terbahagi kepada beberapa tempat tinggal (masing-masing untuk satu keluarga) / flat | Makna | 28.05.2008 |