| Terjemahan untuk: 1. Lower Ground Floor 2. Ground Floor Terima kasih. | 1. ground floor- tingkat bawah 2. lower ground floor- tingkat bawah bahagian bawah | Penyemakan dan penterjemahan | 25.04.2008 |
| Apakah terjemahan dan penerangan tentang Ground Floor dan Basement dalam bahasa melayu? Ground floor sebenarnya tingkat berapa? Selepas Ground floor tingkat 1 atau 2? Bagaimana pula dengan basement? | Perkataan ground floor bermaksud bahagian bangunan yang separas dengan tanah. Perkataan basement pula merujuk bahagian bangunan paling bawah yang sebahagiannya atau keseluruhannya terletak di bawah tanah atau tingkat bawah tanah. Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 2002), halaman 95 dan 524. | Makna | 02.08.2024 |
| floor manager | pengurus pentas | Lain-lain | 21.11.2008 |
| Mohon terjemahan bagi frasa dalam bidang hartanah: 1. gross area 2. gross floor area 3. nett floor area | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Gross area: luas kasar. 2. Gross floor area: luas lantai kasar. 3. Net floor area: luas lantai bersih. Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 03.05.2021 |
| 1. Apakah perkataan yang sesuai untuk "Ground Floor"? Aras 1 atau Aras Bawah? 2. Bagaimana dengan Aras di bawah Ground Floor? Sesuaikah "Aras B1"? | Ground floor- Dicadangkan penggunaan tingkat bawah. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Inggeris Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 06.08.2007 |
| Salam sejahtera, Terjemahan bagi "floor level" yang sesuai adalah "tingkat aras" atau "tingkat bawah"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih. | Tuan, Untuk makluman, terjemahan bagi perkataan"floor level" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, mengikut istilah DBP, perkataan one-floor level diterjemahkan kepada aras satu tingkat. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.06.2019 |
| Asalamualaikum Saya ingin dapatkan terjemahan bagi perkataan-perkataan di bawah. Ia dalam konteks produk kelengkapan rumah dan perabot. 1. floor standing (attached to the wall) 2. floor standing (under washbasin) 3. free standing (pada perabot) 4. wash stand (sangga sink - adakah ini tepat? Ia kaki untuk menompang sink) 5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) 6. open wash stand 7. side mounted 8. top-mounted 9. wall-mounted (lekap dinding) 10. under mounted 11. washbasin mounted 12. surface mounted 13. self-cleaning (pembersihan sendiri untuk ketuhar) 14. table stand (sangga meja) 14. over-the-door 15. manual clean 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) 17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) 1 18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 1. floor standing (attached to the wall) - Barangan boleh berdiri 2. floor standing (under washbasin) - Sinki boleh berdiri 3. free standing (pada perabot) - Perabot boleh berdiri 4. wash stand - Penyokong Sinki 5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) - Penyokong Barang atau Penyokong Perabot 6. open wash stand - Penyokong Sinki Terbuka 7. side mounted - Sisi Bingkai 8. top-mounted - Permukaan Bingkai 9. wall-mounted (lekap dinding) - Perabot lekap 10. under mounted - Bawah Dinding 11. washbasin mounted - Sinki lekap 12. surface mounted - barangan siling 13. self-cleaning - Penyucian Sendiri 14. table stand - Penyokong Meja 14. over-the-door - Sila berikan contoh dalam ayat 15. manual clean - Penyucian Secara Manual 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) - Permaidani Tenunan Tangan 17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani Simpul Tangan 18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani Tuf Tangan Terima kasih | Makna | 01.09.2020 |
| "floor and ceiling effect" dalam bidang penyelidikan pendidikan, apakah istilah yg sesuai? terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "floor and ceiling effect". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kesan menaik dan menurun. | Istilah | 03.12.2013 |
| Sesebuah majlis akan diurustadbirkan oleh event manager manakala beliau juga akan dibantu oleh floor manager. Perkataan ini sudah biasa kita gunakan. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggantikan kedua-dua perkataan bahasa inggeris itu? event manager & floor manager? Terima kasih. | Istilah yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah: 1. Event Manager = Pengurus Acara 2. Floor Manager = Pengurus Pentas Terima kasih. | Istilah | 07.09.2017 |
| Asalamualaikum Apakah istilah dalam bahasa melayu yang sesuai dengan perkataan-perkataan berikut: 1. floor standing (attached to the wall) 2. floor standing (under washbasin 3. free standing (pada perabot) 3. wash stand (sangga sink - adakah ini tepat? Ia kaki untuk menompang sink) 4. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) 5. open wash stand 6. side mounted 7. top-mounted 8. wall-mounted (lekap dinding) 9. under mounted 10. washbasin mounted 11. surface mounted 12. self-cleaning (pembersihan sendiri untuk ketuhar) 13. table stand (sangga meja) 14. over-the-door 15. manual clean 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) 16. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) 17. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) Terima kasih | Waalaikumussalam... Mohon berikan perkataaan yang hendak diterjemahkan bersama-sama contoh ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan. Sekian terima kasih | Makna | 27.08.2020 |