| Salam, Adakah "Aliran satu lapis" atau "Aliran Berterusan" sesuai digunakan bagi frasa/perkataan "One-piece Flow"? Maksud frasa: http://www.kaizenworld.com/kaizen/one-piece-flow.html Mengikut sumber lain: Sometimes referred to as “single-piece flow” or “continuous flow,” one-piece flow is a key concept within the Toyota Production System. Achieving one-piece flow helps manufacturers achieve true just-in-time manufacturing. That is, the right parts can be made available when they are needed in the quantity they are needed. In the simplest of terms, one-piece flow means that parts are moved through operations from step to step with no work-in-process (WIP) in between either one piece at a time or a small batch at a time. This system works best in combination with a cellular layout in which all necessary equipment is located within a cell in the sequence in which it is used. Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Berdasarkan takrifan frasa yang diberikan, "One-piece Flow" sesuai diterjemahkan kepada "Aliran Berterusan". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2015 |
| apa maksud flow manager? | Mohon berikan contoh ayat bagi istilah "Flow Manager" agar kami dapat memberikan cadangan untuk maksud dan padanan terjemahan yang sesuai. | Lain-lain | 23.04.2021 |
| Salam sejahtera. apakah cadangan terjemahan bagi nama jawatan dalam bidang logistik ini : "goods flow worker". terima kasih | Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk goods flow worker. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk goods ialah barang, flow ialah aliran, dan worker ialah pekerja. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah pekerja aliran barang. | Istilah | 18.06.2012 |
| Apakah terjemahan bagi istilah 'over flow package'? (Kategori: Kejuruteraan). Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "over flow package". Mungkin tuan/puan boleh memberikan konsep supaya lebih jelas untuk kami lihat jika ada padanan yang sesuai dengan perkataan tersebut. | Istilah | 03.12.2015 |
| Assalamualaikum, Adakah terjemahan berikut tepat? TS: Solenoid valves are used to control the flow in pneumatic and hydraulic circuits. TSS: Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. flow=aliran atau pengaliran? dalam litar atau di dalam litar? Terima kasih | Terjemahan yang betul ialah Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.12.2015 |
| Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air Curtain | Cadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut: 1. variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF) 2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX) 3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_ 4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat 5. water cooled system - sistem penyejukan air 6. booster pump - pam penggalak 7. roller shutter - penutup gendela gulung 8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran 9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran 10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.04.2024 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang sesuai bagi frasa 'turning diffuser' dalam ayat berikut: Turning diffuser is an engineering device that is widely used in the industry to reduce the flow velocity as well as changing the direction of the flow. Adakah sesuai diterjemah sebagai 'peresap pusing'? Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi truning diffuser ialah peresap pusing boleh digunakan. | Makna | 01.06.2016 |
| Salam, Adakah "unsteady thin-film flow with strong surface-tension effect" jika diterjemah ke Bahasa Melayu berbentuk "aliran filem nipis tak mantap dengan kesan tegangan permukaan yang kuat"? | Terjemahan diterima. | Ejaan | 27.08.2019 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Agitated Immersion Parts Washers 2. Inline Parts Washers 3. One Piece Flow Parts Washers (Bidang: Pembuatan/Pengilangan) Sekian, terima kasih. | 1. Agitated Immersion Parts Washers - Pencuci Bahagian Rendam Teraduk 2. Inline Parts Washers - Pencuci Bahagian Sebaris 3. One Piece Flow Parts Washers - Pencuci Bahagian Aliran Berterusan
| Istilah | 05.04.2016 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Agitated immersion parts washer 2.Inline parts washer 3. One piece flow parts washer 4. Precision parts washer Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Agitated immersion parts washer - Pencuci bahagian rendam teraduk 2. Inline parts washer - Pencuci bahagian sebaris 3. One piece flow parts washer - Pencuci bahagian aliran berterusan 4. Precision parts washer - Pencuci bahagian persis | Istilah | 11.04.2016 |