Maafkan kerana banyak bertanya. Saya ingin tahu istilah "national focal point" dalam Bahasa Melayu. Saya lihat begitu banyak laman web kerajaan yang menggunakan istilah focal point. Contohnya "ECC bertindak sebagai focal point kepada pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dalam aspek arahan, tindakan." Apakah isitilah yang lebih sesuai untuk menggantikannya? Saya juga melihat rata-ratanya memisahkan focal point dan pusat rujukan. Jadi, saya menyangka bhawa focal point dan pusat rujukan itu tidak sama. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi national focal point ialah "tumpuan utama nasional" | Makna | 19.05.2022 |
Mohon persamaan kata dalam bahasa Malaysia untuk perkataan berikut: - Storage Area Network - Product Manager - Liason Officer - Focal Point Terima kasih | Padanan yang tepat bagi Storage Area Network ialah Rangkaian Kawasan Storan, Product Manager ialah Pengurus Produk, Liaison Officer ialah Pegawai Perhubungan dan Focal Point ialah Pusat Tumpuan. | Makna | 19.04.2007 |
Apakah perkataan atau istilah yang sesuai bagi: 1) focal person 2) revise – Tujuan utama ialah untuk mendapatkan konsultan yang mempunyai pengalaman dalam revising pakej kurikulum. | Kedua-dua pertanyaan yang dikemukakan dijawab dalam konteks penggunaan umum, bukan istilah mengikut bidang. Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan focal person ialah orang tumpuan. Padanan revise ialah 1. Menyemak. 2. Mengulang kaji. 3. Mengubah. Kesesuaian padanan bergantung pada konteks penggunaan. | Makna | 03.10.2018 |
istilah - istilah berikut dalam BM : 1. Pagar anti-climb 2. Wash bay (di tapak pembinaan) 3. Focal point 4. Ramp 5. Park and Ride 6. Smart Parking 7. Waste to Wealth 8. Electricity Smart Metering 9. Smart Bin 10. Rubble Pitching Wall | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti climb fence ialah pagar anti panjat, wash bay ialah ruang cuci, focal point ialah titik fokus, ramp ialah tanjakan, park and ride ialah pandu dan rantau, smart parking ialah tempat letak kereta pintar, waste to wealth ialah sisa ke sumber, electricity smart metering ialah permeteran pintar elektrik, smart bin ialah tong pintar, dan rubble pitching wall ialah tembok mengunjam batu. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.07.2023 |