Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. adjust for clearer vision, memfokuskan: he ~ed the telescope on the ship, dia memfokuskan teleskop itu pd kapal tersebut; 2. cause (light rays) to converge, memfokuskan; 3. cause to centre, menumpukan: he ~ed his mind on the problem, dia menumpukan fikirannya pd masalah itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. adjust for clearer vision, memfokus: after the accident he fnd difficulty in ~ing, selepas kemalangan itu, dia mendapati sukar utk memfokus; if I’m sitting more than two metres away from the TV, my eyes cannot ~ on the subtitles, kalau saya duduk lebih dr dua meter dr TV, mata saya tdk boleh memfokus pd sari kata; 2. (rays of light) converge on, terfokus: hold the magnifying glass so that the rays of sunlight ~ on the straw, pegang kaca pembesar supaya sinar cahaya matahari terfokus pd jerami kering itu; 3. centre, tertumpu; (deliberately) ditumpukan: the discussion ~ed mainly on the immigrants’ problems, perbincangan tertumpu pd masalah imigran; during this course attention will ~ on the history of Malacca in the 15th century, semasa kursus ini, perhatian akan ditumpukan pd sejarah Melaka dlm kurun ke-15; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : (be) in ~, a. (of telescope etc) tepat fokusnya: the telescope is in ~, teleskop itu tepat fokusnya; b. (of image, photograph, etc) tepat fokusnya; (colloq) terang, jelas; bring st into ~, (image) memfokus sst betul-betul pd; (optical instrument) memfokuskan sst; (be) out of ~, a. (telescope etc) tdk tepat fokusnya: the camera was out of ~, kamera itu tdk tepat fokusnya; b. (of image, photograph, etc) tdk tepat fokusnya; (colloq) tdk /terang, jelas/; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (tech) fokus: paraxial ~, fokus parapaksi; 2. device on camera, fokus; 3. centre (of activity, interest, attention) tumpuan: he does not like being the ~ of attention, dia tdk suka menjadi tumpuan perhatian; the plans to build a new highway through the centre of town soon became the ~ of protracted public discussion, rancangan utk membina lebuh raya baru melalui pusat bandar tdk lama kemudian menjadi tumpuan perbincangan umum yg berpanjangan; there’s too much ~ on money in this society, terlalu banyak tumpuan yg diberikan pd wang dlm masyarakat ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata focus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya masih lagi keliru tentang penggunaan yang betul kata sendi 'pada' dan 'kepada'. Walaupun banyak sudah penjelasan dan penerangan dalam buku-buku panduan dan internet, namun saya masih keliru contohnya: bergantung pada hujahan, atau bergantung kepada hujahan? Begitu juga dengan memberikan focus pada isu, atau focus kepada? Adakah saya betul jika saya katakan- bergantung kepada hujahan tetapi bergantung pada papan yang disandarkan? Begtu juga, focus kepada isu, dan focus pada benda optik yang diperhujahkan? Terima kasih Abdul Karim

Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan  letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepadajuga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepadainstitusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka.

Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan.

Lain-lain26.12.2017
Salam Sejahtera. Tuan/Puan, saya ingin mendapatkan kepastian tentang istilah yang sesuai/tepat untuk menterjemahkan "entrepreneur intentions to exit" khususnya perkataan "exit" dengan merujuk kenyataan, "we focus on entrepreneur intentions to exit by a particular strategy, rather than actual exits. The theory of planned behavior, and its application in the entrepreneurship context, suggests that entrepreneurship involves primarily intentional planned behavior, and the intentions literature ‘‘clearly demonstrates that intentions are the single best predictor of planned behaviors."Cadangan terjemahan bagi entrepreneur intentions to exit ialah hasrat usahawan untuk keluar.Penyemakan dan penterjemahan08.11.2018
Apakah maksud dan huraian beserta contoh bagi ayat: Melestarikan penyelidikan dengan memberi fokus kepada ...Melestarikan bermaksud menetapkan dan mengekalkan/memelihara sesuatu supaya kekal. Ayat tersebut bermaksud Mengekalkan penyelidikan dengan memberi focus kepada ....Makna08.10.2018

Kembali ke atas