Fokus pada amal ibadat atau Fokus kepada amal ibadat? | Fokus kepada amal ibadat. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Panaskan badan dan fokus di / pada bahagian kaki? | Panaskan badan dan fokus pada bahagian kaki. | Tatabahasa | 18.04.2012 |
1. Boleh berikan maksud 'pola-pola bahasa yang diulang dlm cerita?kalau boleh berikan contoh yang sesuai. 2.apakah maksud Perspektif dan fokus cerita dalam sastera | Soalan pertama saudari tidak jelas. Berkenaan dengan soalan kedua pula, maksud perspektif dan fokus dalam cerita ialah tema atau motif pengarang. Bahasa Jiwa Bangsa. | Lain-lain | 16.03.2009 |
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri | 1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan. 2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar. 3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu. 5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti. | Makna | 16.09.2008 |
Memohon atas nama pusat nama: Pusat Perkembangan Minda Interaktif (Fokus Lambang Yakin FLY) | Sila nyatakan soalan saudara dengan jelas. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 14.05.2013 |
1.Bolehkah 'Awan itu menyelubungi gunung yang akan kita daki itu" fokus kepada pengguna kata menyelubungi 2.Terangkan penggunaan imbuhan per pada apa-apa pekerjaan seperti pertukangan | 1.Perkataan menyelubungi boleh digunakan dalam ayat tersebut. 2. Imbuhan apitan per-an ialah apitan kata nama. Apabila menerima kata dasar seperti tukang, akan menjadi pertukangan. Sila layari laman prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 29.08.2013 |
Apakah maksud dan huraian beserta contoh bagi ayat: Melestarikan penyelidikan dengan memberi fokus kepada ... | Melestarikan bermaksud menetapkan dan mengekalkan/memelihara sesuatu supaya kekal. Ayat tersebut bermaksud Mengekalkan penyelidikan dengan memberi focus kepada .... | Makna | 08.10.2018 |
Kedua-dua ayat di bawah dikatakan sebagai salah dalam buku aktiviti murid-murid saya (fokus tajuk = kata kerja ) :- 1. Sekolah akan bercuti mulai esok. 2. Peperiksaan sedang berlangsung di dewan utama. Mengapakah bercuti & berlangsung dikatakan salah dalam ayat-ayat itu ? Saya tidak nampak apakah kesalahannya. Terima kasih. | Penggunaan kata kerja berlangsung dan bercuti betul dalam ayat yang dinyatakan. Cuma terdapat sedikit pindaan tatabahasa pada perkataan sekolah kepada persekolahan. Sesi persekolahan akan bercuti mulai esok. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih. | KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). | Ejaan | 21.09.2018 |
saya inginkan isu-isu bahasa yang dibincangkan oleh DBP | Antara isu-isu bahasa yang menjadi fokus utama DBP pada masa ini ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kurang berkesan, megah bahasa, penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi kerajaan (lisan dan tulisan), bahasa SMS, bahasa rojak, kesalahan bahasa dalam iklan paparan, peragaan, dan media cetak serta elektronik. Sila rujuk laman web DBP untuk mendapat maklumat lanjut. | Lain-lain | 12.06.2008 |