Apakan istilah Bahasa Melayu untuk istilah-istilah yangsering digunakan di media sosial seperti berikut: 1.friend 2.follow 3.friend/follow request 4.like button(like somebody's FB or insta post) 5.Unfriend/unfollow | Pihak DBP mencadangkan istilah bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam media sosial seperti yang berikut: 1. Istilah bahasa Melayu bagi friend ialah "kawan" 2. Istilah bahasa Melayu bagi follow ialah "ikuti" 3. Istilah bahasa Melayu bagi friend/follow request ialah "nak kawan"/"nak ikuti" 4. Istilah bahasa Melayu bagi like button ialah "butang suka" 5. Istilah bahasa Melayu bagi unfriend/unfollow ialah "tak kawan"/"tak ikuti" | Istilah | 17.08.2022 |
Apa frasa sesuai untuk follow up email dalam Bahasa Melayu? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi "follow up email" ialah e-mel susulan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.06.2022 |
Kindly help to confirm the follow sentence whether in correct manners for Bahasa Malaysia. - To dehumidify the environment - Untuk menyahlembapkan persekitaran Thank You | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan to dehumidify the environment - untuk menyahlembapkan persekitaran | Penyemakan dan penterjemahan | 15.02.2016 |
Salam, saya ingin bertanyakan berkenaan terjemahan bagi perkataan "Follow Online" dalam Bahasa Melayu | Cadangan padanan yang lazim digunakan ialah ikuti kami melalui dalam talian. | Lain-lain | 19.10.2020 |
Good afternoon Sir, I done the adjustment and follow the wording provided at email "Pusat Percetakan". pls Kindy approve if no problem. thank you very much.. | Sila kemukakan iklan ini melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Klik menu e-Perkhidmatan, Khidmat Pengesahan Bahasa DBP dan Daftar terlebih dahulu. Tuan akan mendapat Kod Pengaktifan melalui e-mel. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Sistem Khidmat Pengesahan Bahasa dapat mengeluarkan sijil kelulusan bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 27.08.2013 |
Mohon menterjemahkan ayat di bawah. Terima kasih We will follow up your email once we have received an update. | Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. Namun begitu, jika tuan/puan memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu, kami boleh menyemahnya. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.03.2017 |
Perkataan "nutritionally adequate" dalam peruntukan di bawah ini dipadankan dengan "berzat secukupnya" manakala dalam peruntukan yang lain perkataan "nutritionally" dipadankan pula dengan dengan “pemakanan”. Melalui semakan kami, perkataan “nutritionally” seperti “nutritionally-related disease” dipadankan dengan “penyakit berkaitan pemakanan”. Oleh itu, apakah padanan bagi "nutritionally adequate" dan "nutritionally available carbohydrates" 389A. (2) Follow-up formula shall be nutritionally adequate to contribute to normal growth and development when used in accordance with its direction for use. 389A. (2) Rumusan susulan hendaklah berzat secukupnya untuk menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan yang normal apabila digunakan mengikut arahan penggunaannya. 389A.(6) Follow-up formula shall contain nutritionally available carbohydrates suitable for the feeding of infant of six months and children in such quantities as to adjust the product to the energy density in accordance with the requirements set out in subregulation (4). 389A.(6) Rumusan susulan hendaklah mengandungi pemakanan karbohidrat sedia ada yang sesuai untuk makanan bayi yang berumur enam bulan dan kanak-kanak kecil dalam kuantiti tertentu supaya keluaran diselaraskan dengan kandungan tenaga mengikut kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (4). | Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally adequate" ialah cukup berzat. Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally available carbohydrates" ialah pemakanan berkarbohidrat atau pemakanan tersedia karbohidrat. Pihak puan juga boleh merujuk dan menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penterjemahan. | Lain-lain | 18.07.2021 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya. Katakan, saya ada membuat satu permohonan kepada satu jabatan. Tapi saya masih tidak menerima sebarang maklumbalas tersebut daripada jabatan tersebut. Sekiranya saya ingin menghantar permohonan itu semula, dan nak alert jabatan tersebut bahawa surat permohonan ini adalah permohonan kedua, apakah perkataan yang sesuai saya letakkan di atas surat? Sebelum ini, bos saya minta saya tambahkan perkataan "SONGSONGAN PERTAMA". Tapi, saya semak, surat songsongan bermaksud "Forwarded letter".. Adakah betul penggunaan perkataan ini? Atau ada perkataan lain yang sesuai? Ini adalah contoh surat "SONGSONGAN PERTAMA". Pendapat saya, seperti salah penggunaan ni, sebab kalau ikut maksud dari kamus DBP, surat songsongan bermaksud forwarded letter. Sedangkan surat yang ingin dihantar adalah surat "follow-up" bagi surat permohonan yang telah dihantar. Boleh saya dapatkan maklumbalas bagi persoalan di atas? Terima kasih. | Cadangan kami "Surat Peringatan Mesra" atau "Surat Susulan". | Lain-lain | 20.08.2021 |