Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan “Kedai Fon” dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan “Kedai Fon” betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. | Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan. | Istilah | 14.06.2012 |
Sekiranya pihak kami ingin menamakan "Kedai Fon" - adakah penggunaan "Fon" itu betul mengikut istilah DBP. | Ungkapan yang betul ialah "Kedai Telefon". | Istilah | 16.06.2011 |
Berapakah saiz font yang biasa digunakan dalam penerbitan buku untuk kanak-kanak / buku kerja sekolah rendah? | Saiz fon yang biasa digunakan ialah 16 poin (tanpa serif) bagi buku aktiviti sekolah rendah. | Lain-lain | 27.07.2010 |
walkman=? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan walkman ialah walkman, iaitu pemain atau perakam atau kedua-duanya sekali yang kecil yang boleh dibawa ke mana-mana dan didengar melalui fon telinga. | Lain-lain | 04.04.2010 |
MIMOS sedang membangunkan sebuah projek untuk mengurangkan jurang digital bandar dan luar bandar. Mohon pihak DBP untuk terjemahkan ayat dibawah dalam penggunaan ICT BI- BM 1.Setting 2.Info channel 3.Soft phone | Setting = latar; Info Channel = saluran maklumat; Soft Phone = fon maya. | Makna | 25.02.2008 |