Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.ném] | فونيم

Definisi : (foném) (Lin) unit bunyi yg terkecil yg boleh membezakan makna kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fonem


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
minta tolong beri penjelasan tentang perbezaan antara fonetik dan fonemik...terima kasihFonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. 

Fonemik ialah berkenaan fonem; dan kajian linguistik tentang fonem. Fonem bermaksud unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata.
Tatabahasa30.11.2013
Penerangan tentang Fonem SuprasegmentalFonem suprasegmental merupakan salah satu daripada tiga Huruf Fonetik Antarabangsa yang dicipta oleh pakar bahasa dengan tujuan menawarkan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dlm mana-mana bahasa pertuturan. Fonem Suprasegmental yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton dan penekanan.Tatabahasa06.12.2007
Apakah perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa Melayu?Fonem bermaksud unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata dan alofon bermaksud bunyi yang berlainan yang terhasil daripada satu fonem (bunyi).Makna26.05.2012
JELAS SECARA TERPEINCI BERKAITAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN

Huruf Vokal
Dalam sisitem ejaan Rumi, ada lima huruf voKal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem voKal atau bunyi voKal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, I, o dan u. Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem voKal iaitu, fonem e pepet dan fonem e taling.

Huruf Konsonan
Dalam sistem ejaan Rumi, ada 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan.

 Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh satu vokal. Vokal itu dapat didahului atau diikuti atau diapit oleh konsonan.

Untuk menjelaskan lebih terperinci, saudara boleh menggunakan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu oleh Ismail Dahaman terbitan DBP untuk rujukan.

Tatabahasa29.04.2013
SAYA KELIRU DENGAN SEBUTAN UNTUK PERKATAAN PASCA..ADAKAH BUNYI 'C' AYAU 'K'?? TERIMA KASIHSebutan berdasarkan fonem /c/ dan bunyi fonetiknya ialah [pas.ca] dan bukan fonem /k/ dan bunyi fonetiknya [pas.ka].Lain-lain16.04.2008
Adakah perkataan "tsunami" perkataan yang betul? kerana dalam bahasa melayu tiada fonem /ts/, perkataan ini rasanya melanggar hukum sebutan bahasa melayu dan juga prinsip peminjaman kata-kata asing'Tsunami' ialah istilah dalam bidang Geografi dan etimologi katanya berasal daripada perkataan Jepun, tsu (pelabuhan) dan nami (gelombang). Peminjaman perkataan 'tsunami' dan struktur ejaannya kekal bukan hanya dalam bahasa Melayu malah dalam bahasa-bahasa lain  seperti bahasa Inggeris.Tatabahasa25.03.2011
HURUF KONSONAN DAN HURUF VOKALVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dan lain-lain. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Tatabahasa19.04.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika tidak menjadi halangan kepada DBP, saya ingin meminta sedikit maklumat berikut sebagai panduan kepada saya menyiapkan tugasan saya di universiti: a. maksud konsonan dan vokal bahasa melayu. b. ciri-ciri konsonan dan vokal c. maksud antikulator dan transkripsi d. maksud alofon dan fonem serta perbezaan alofon dan fonem. e. maksud suprasegmental bahasa melayu, ciri-ciri suprasegmental f. maksud antikulator Tuan, jika tidak menjadi halangan kepada DBP dan tidak bertentangan dengan dasar DBP juga saya memohon agar pihak tuan mengirimkan kepada saya (emel) bahan/artikel yang sesuai berkaitan dengan perkara di ats. Sekian dan terima kasih. WassalamSoalan berbentuk tugasan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan melalui laman web kami dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang diperlukan. Saudara akan boleh lihat data yang berkaitan daripada kamus dan istilah. Jika tiada maklumat daripada kamus dan istilah, klik pada Artikel dan saudara boleh rujuk artikel yang berkaitan. 

Lain-lain06.06.2012
Senarai vowel dan konsonan Bahasa MelayuVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dll. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Lain-lain20.02.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan binaan ayat . Apakah tatatingkat tatabahasa bahasa melayu.

Binaan ayat bermaksud pembentukan ayat, iaitu ada Subjek dan Predikatnya.

Proses (tingkat) tatabahasa bermula daripada Fonem - Morfem - Kata - Frasa - Ayat.

Tatabahasa10.06.2008
12

Kembali ke atas