Keterangan : Perbezaan peringkat analisis fonetik dan fonologi (Pasangan Minimal, kekangan urutan fonologi, kesejagatan fonologi, pemerolehan bahasa, dan suprasegmental) | Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman. | Tatabahasa | 06.08.2007 |
INGIN MENGETAHUI PERBEZAAN ANTARA FONETIK DENGAN FONOLOGI | Fonologi merupakan bidang linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonetik bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. | Makna | 06.09.2006 |
kepentingan ilmu fonologi | Menurut Kamus Dewan, fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan fonologi, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman), Teori Linguistik (Ahmad Mahmood Musanif, Arbak Othman) dan juga Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 06.04.2007 |
apakah aspek fonologi dalam variasi bahasa | Menurut Kamus Dewan, fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan fonologi, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman), Teori Linguistik (Ahmad Mahmood Musanif, Arbak Othman) dan juga Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.07.2010 |
Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi? | Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk. | Lain-lain | 04.09.2007 |
apakah fonologi bahasa sungai? berapakah vokal dan konsonan dalam bahasa sungai? | Saudara boleh merujuk artikel atau makalah dalam Jurnal Bahasa(1990) di Pusat Dokumentasi Melayu . | Tatabahasa | 02.03.2008 |
maksud fonologi,pengenalan pada lingustik,morfologi,sintaksis,semantik. | Fonologi - kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Linguistik - kajian saintifik tentang bahasa. Morfologi - kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Sintaksis - pengetahuan tentang susunan kata dalam ayat (cabang ilmu linguistik, peraturan). Semantik - kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. | Istilah | 30.10.2006 |
SILA MEMBERITAHU TENTANG FONOLOGI STPM. | Untuk tuuan peperiksaan sila rujuk buku rujukan yang berkaitan. Rujuk buku Fonologi Bahasa Melayu dan makalah yang berkaitan dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa terbitan DBP untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 11.07.2012 |
saya ingin bertanyakan mengenai kajian fonologi bahasa Melayu. dan bahagian yang terkandung di dalamnya | Sila rujuk buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad, UKM. | Tatabahasa | 02.08.2008 |
Persamaan dan perbezaan antara fonetik dan fonologi. | Untuk melihat persamaan atau perbezaan makna antara keduanya rujuk makna dalam kamus Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi bermaksud (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. | Makna | 12.08.2008 |