Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang istilah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Saya sedia maklum istilah 'food security' adalah sekuriti makanan. Soalan saya, apakah istilah yang digunakan dalam Bahasa Melayu untuk 'food insecurity' ? | Padanan istilah bagi food insecurity ialah ketakjaminan makanan yang terdapat dalam bidang makanan dan pemakanan. | Istilah | 04.10.2021 |
Rujuk lampiran. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi food insecurity ialah ketakjaminan makanan manakala food security ialah keselamatan makanan/sekuriti makanan/jaminan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 07.05.2025 |
apakah terma yang boleh digunakan? 1. Food Security 2. Food insecurity | 1. Padanan bagi istilah food security dalam bahasa Melayu ialah keterjaminan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. 2. Padanan bagi istilah food insecurity dalam bahasa Melayu ialah ketakjaminan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.04.2025 |
Adakah perkataan ketidakjaminan wujud dalam DBP? contoh penggunaan perkataan ini dalam ayat: food supply insecurity = ketidakjaminan bekalan makanan | Cadangan padanan bagi istilah food supply insecurity dalam bahasa Melayu ialah ketakjaminan bekalan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.11.2024 |