| Nazima Zainal Sep 13th, 6:04am Assalammualaikum Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Boleh saya tumpang bertanya Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Berapa harga tiket kanak2 utk pementasan cerita laba yg bijak Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Laba sang bijaksana Nazima Zainal Sep 13th, 6:06am Bole saya beli online | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 13th, 12:29pm Tiket adalah percuma! PEMENTASAN 18 September 2014 (Khamis) Pukul 3.00 petang 19 September 2014 (Jumaat) 8.30 malam MAKLUMAT LANJUT Sila hubungi Puan Filzah Ibrahim 03-2147 9204/016-671 9072 atau Puan Zabidah Yahya 03-2147 9207 atau Encik Syed Rosli 03-2147 9209 | Lain-lain | 13.09.2014 |
| Muhammad Idris Sep 28th, 11:45am saya dah email kat e-mel pp@dbp.gov.my tapi belum ada jawapan tersebut email di hantar pada Sep 22, 2015 at 11:02 AM | Jika pertanyaan tuan berkaitan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Untuk makluman tuan, permohonan pada 22 September 2015 telah diselesaikan. | Lain-lain | 28.09.2015 |
| Surianom Miskam Sep 27th, 11:38am Assalamualaikum dan Selamat pagi, Admin, Mohon bantuan. Saya bercadang untuk membuat permohonan penajaan untuk persidangan anjuran KUIS. Boleh bantu saya dapatkan maklumat pegawai atau bahagian yang perlu saya hubungi dan alamat emel? Bantuan Admin amatlah saya hargai. Terima kasih | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 29th, 11:44am Berkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi Cik Norhasmanalinda Mustapa melalui talian 03-2147 9483/hasma@dbp.gov.my, atau Encik Mohd Rusdi Mat Rakib 03-2147 9486/mohd_rusdi@dbp.gov.my - Bahagian Komunikasi Korporat DBP. Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih. | Lain-lain | 27.09.2014 |
| Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 30th, 1:16pm Assalamualaikum Puan Faridah, untuk makluman puan, kandungan manuskrip tersebut kelihatannya relatif sedikit (43 buah puisi dan 9 buah cerpen) dan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan oleh DBP. Mungkin pihak puan boleh mengumpulkan karya yang PERWILA perolehi daripada aktiviti-aktiviti yang lain (lebih baik diterbitkan secara berasingan untuk memudahkan pengkategorian genre). Walau bagaimanapun, pihak puan masih boleh menghantar manuskrip tersebut kepada kami untuk tujuan penilaian dan pertimbangan selanjutnya. Mohon pihak puan lengkapkannya dengan izin terbit daripada semua penulis yang terlibat. Manuskrip yang lengkap bolehlah dihantar kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih Maharatu Rafidah Mohamad Sep 30th, 4:21pm Waalaikummussalam. Terima kasih dengan jawapan. Oleh itu, berapakah lagi yang perlu diusahakan utk mencapai sasaran yang dikehendakkan? | Untuk makluman, jumlah minimum untuk sebuah manuskrip ipuisi alah 100 buah puisi, dan untuk sebuah manuskrip kumpulan/antologi cerpen pula ialah 20 buah cerpen ataupun 300-500 halaman. Semoga jawapan ini dapat membantu puan. | Lain-lain | 30.09.2014 |
| Muhammad Adam SEP 8TH, 8:20AM Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya. DBP ada tak aplikasi Kamus Dewan untuk pengguna telefon pintar android? | Sila muat turun Kamus Pro Online Dictionary. | Lain-lain | 19.09.2016 |
| Azeanita Ahmad SEP 7TH, 2:24PM Assalamualaikum Ada keje kosong tak? | Jawatan kososng akan diiklankan dalam akhbar utama dan laman web DBP. Sila ikuti laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat tersebut. | Lain-lain | 19.09.2016 |
| Pau MingHui Sep 29th, 12:56pm Salam sejahtera, tumpang tanya apakah tema bagi Bulan Bahasa Kebangsaan 2015? | 1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara Terima kasih | Lain-lain | 29.09.2015 |
| Ahmad Gaddafie Sep 28th, 4:22pm Salam. Saya nak tanya. Berapa harga buku tatabahasa dewan edisi sekolah rendah satu set? | Semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com Selain itu, buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Di sana ada dinyatakan harganya sekali. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my | Lain-lain | 28.09.2015 |
| Ramo Omran Sep 7th, 1:02pm BAHASA MELAYU KETINGGALAN DAN TERSISIH DINEGARA SENDIRI. | Terima kasih atas pandangan yang dilontarkan. Untuk mencari jawapannya perlu diteliti dan dibincangkan dengan lebih rinci. | Lain-lain | 07.09.2015 |
| Haryati Othman Sep 15th, 8:40am Maaf nak tanya..dewan bahasa n pustaka ada buat tak kursus bahasa bg bln 10,11 n 12 nie tak... | Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaras dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 15.09.2015 |