| Assalamualaikum. Apakah terjemahan untuk "generalist force" dan "specialist force" dalam bidang ketenteraan atau sains politik? Terima kasih | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Generalist force: Doktor tentera atau pegawai perubatan. 2. Specialist force: Doktor pakar tentera atau Pegawai Tugas Khas. Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 06.05.2021 |
| Tuan / Puan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan istilah sains dalam BM yang setara dengan istilah sains BI yang berikut: 1) Contact force 2) Non-contact force Sekain, terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk contact force dan non-contact force. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk contact ialah sentuh atau sentuhan dan non-contact ialah tanpa sentuh. Istilah bahasa Melayu untuk force ialah daya dan kuasa. Cadangan padanan istilah bahasa Melayu ialah daya sentuh dan daya tanpa sentuh. | Istilah | 14.11.2011 |
| Apa itu Hurricane Force Wind | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "hurricane force wind" ialah angin kuasa taufan. | Istilah | 16.08.2016 |
| Apakah padanan yang sesuai bagi 'task force'? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'task force' ialah pasukan petugas. Contoh ayat, satu pasukan petugas utk mengkaji projek-projek perumahan baru di bandar raya itu. | Lain-lain | 23.04.2010 |
| Adakah padanan bagi "coming into force" dalam ayat di bawah ini betul dalam teks bahasa kebangsaan yang dipadankan dengan "mula berkuat kuasanya" atau adakah ayat yang sewajarnya adalah "permulaan kuat kuasa". 1. (1) This Act may be cited as the *Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993 and shall come into force [operation] on a date as the Minister may, by notification in the Gazette, appoint and different dates may be appointed for the coming into force of different provisions of this Act. 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. | Kami mencadangkan "coming into force" diterjemahkan sebagai "mula berkuat kuasa". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2021 |
| Apakah terjemahan bagi perkataan ini? Nurses : A Force for Change Care Effective : Cost Effective Improving Health and Well-Being | Tidak maklumat tentang penterjemahan ayat dalam pangkalan data kami. Kami hanya dapat membantu terjemahan perkataan atau istilah dengan merujuk data yang ada dalam kamus atau buku istilah. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.05.2015 |
| Salam tuan/puan, Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan condong. Adakah Malayan People's Anti Japanese Army, Malayan Union, Force 136 perlu dicondongkan (italic)? Setahu saya tidak perlu tapi ada sesetengah buku termasuk buku DBP tidak standard penggunaan "italic" ini. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Huruf condong digunakan untuk menunjukkan terdapat sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Antara yang perlu dicondongkan ialah judul karya seni dan penerbitan, nama Sains, karya undang-undang, kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Jika dilihat kepada apa yang tuan/puan berikan, perkataan-perkataan tersebut perlu dicondongkan kerana menggunakan bahasa Inggeris. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 83. | Tatabahasa | 23.03.2017 |
| Apakah terjemahan bagi perkataan "review stand" atau "reviewing stand" iaitu "a stand from which a parade or military force can be reviewed". Saya sertakan gambar supaya lebih jelas maksudnya. Terima kasih. | Untik makluman tidak terdapat istilah khusus untuk "review stand" atau "reviewing stand" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk "stand" ialah pentas atau astaka dan padanan bahasa Melayu untuk "review" ialah tinjauan atau pemeriksaan barisan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pentas tinjauan atau pentas pemeriksaan barisan. | Istilah | 25.04.2016 |
| Buku teks PJPK Tahun 5 Semakan keluaran DBP 2020, rujuk muka surat 10, soalan nombor 6. Nyatakan maksud "daya tegak (vertical force)" dan "daya putaran". Tapi tiada keputusan. Bagaimana guru mahu membuat rujukan . Bukan semua guru PJ mahir istilah FIZIK. | Salam sejahtera, Untuk makluman, soalan tersebut dilakukan dengan bantuan Internet (seperti dalam arahan soalan). Murid boleh memberikan maksud yang mereka fahami melalui pembacaan di Internet. Soalan ini juga hanyalah soalan untuk murid mencari maklumat tambahan berkaitan daya yang dipelajari dalam pembelajaran gimnastik. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 23.05.2021 |
| Apakah terjemahan bagi 'war effort'? Usaha perang? Ikhtiar perang? War effort is coordinated mobilization of society's resources—both industrial and human—towards the support of a military force. Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud penyelarasan pergerakan atau mobilisasi sumber-sumber masyarakat - baik industri dan manusia - ke arah sokongan terhadap pasukan tentera. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "war effort" ialah usaha perang. | Makna | 11.02.2021 |