Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. not native, asing: ~ accent, telor asing; ~ students, pelajar-pelajar asing; 2. involving another country, luar negeri, asing: ~ trade, perdagangan luar negeri; ~ income, pendapatan asing; 3. dealing with other countries, luar negeri: ~ relations, hubungan luar negeri; Ministry of F~ Affairs , Kementerian Luar Negeri; ~ policy, dasar luar (negeri); 4. not natural (to so., st) asing: this grade of coal contains a lot of ~ matter, batu arang gred ini banyak mengandungi unsur asing; such a violent reaction was very ~ to him, reaksi yg begitu ganas sangat asing bagi dia. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata foreign


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Foreign Corrupt Practices Act"? Kependekannya ialah "FCPA". Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih.Jika bersesuaian, frasa Foreign Corrupt Practices Act boleh diterjemahkan kepada Akta Amalan Rasuah Asing atau Akta Dasar Rasuah Asing.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2015
Pohon terjemahan yang tepat bagi penggunaan perkataan "foreign leaver". Sekiranya perkataan ini hendak digunakan dalam konsep percukaian, apakah terjemahan bahasa melayu yang boleh digunakan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "foreign leaver" dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut sekiranya puan memerlukan cadangan bahasa Melayu daripada pihak kami.Istilah06.02.2015
Apakah istilah yang biasa/boleh digunakan untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer". Saya sudah cuba mencari di bahagian Carian Kata tapi tidak ada yang sesuai. Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer" ialah Peniaga Pasaran Wang dan Peniaga Pertukaran Asing.Istilah06.09.2013
(take off to your next destination with over 30 foreign currencies at great rates ) can i have the translate to bahasa Thank YOuUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan Penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang telah diterjemahkan.Lain-lain25.06.2015
Are there any Kamus Dewan providing source languages of foreign terms used in Bahasa Malaysia?Sila kemukakan pertanyaan dalam bahasa Melayu. Untuk makluman saudara, Kamus Dewan merupakan kamus ekabahasa (bahasa Melayu - bahasa Melayu) dan perkataan yang diambil daripada bahasa asing dilabelkan dalam entri kata tersebut seperti prima facie dilabelkan sebagai Latin, iaitu istilah khusus yang diambil daripada bahasa Latin.Lain-lain11.06.2012
Terima kasih atas respons tuan/puan. Berikut adalah teks asal dalam Bahasa Inggeris dan cubaan terjemahan saya dalam Bahasa Melayu: English: Certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) includes non-registering local bank, FFI with low value accounts, sponsored closely held investment vehicles, or limited life debt investment entities. Bahasa: Institusi Kewangan Asing Diperakui sebagai Patuh (“DCFFI”) termasuk bank tempatan berlesen, FFI dengan akaun nilai rendah, instrumen pelaburan pegangan rapat ditaja, atau entiti pelaburan hutang hidup terhad. Mohon pandangan tuan/puan tentang terjemahan istilah-istilah saya itu. Terima kasih.Dalam data kami deemed interest dan deemed derived diterjemahkan kepada anggap patuh dan anggap peroleh, kami mencadangkan certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) diterjemahkan kepada Institusi Kewangan Asing Anggap Patuh diperakui.Penyemakan dan penterjemahan23.01.2015
Assallamualaikum saya Saiful Bahari Bin Ahmad bekas Prof.Madya yang mengajar di Tokyo Universiti of Foreign Studies,Tokyo.Begini pada pertengahan bulan lepas saya telah dihubungi oleh seorang pegawai DBP berhubung tentang soal pembayaran royalti bagi buku Kenangan untuk Profesor Shoho Isamu.Menurutnya cek telah dikirimkan ke alamat saya di Jepun tahun lalu tapi telah dikembalikan kerana saya telah berpindah ke Malaysia .Segala butiran peribadi telah saya berikan yaitu no akaun ,no KP dan lain lain untuk pengiriman semula royalti tersebut.Namun sehingga kini saya belum menerima apa apa maklum balas tentang perkara tersebut.Harap Maklum.Terima Kasih.Untuk  makluman tuan, pihak kami sudah mengurus semula bayaran royalti untuk buku tuan itu.  Bayaran tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tuan pada 9 Julai 2013. Mohon tuan hubungi kami lagi sekiranya berlaku masalah selepas tarikh tersebut.Lain-lain04.07.2013
Tuan/Puan, Saya ingin memohon tajaan naskhah majalah terbitan DBP. Sebagai contoh Dewan Siswa,Dewan Masyarakat, dan sebagainya. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya telah dipilih untuk menjalani program Fulbright Foreign Language Teaching Assistant di Northern Illinois University, dan saya akan menjadi tutor Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelajar yang membuat kajian dalam Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, saya amatlah berbesar hati jika pihak DBP boleh membantu dalam memberikan sumbangan beberapa naskah majalah dan lain-lain rujukan yang dirasakan sesuai. Saya akan menghantar butiran lengkap mengenai program yang saya akan sertai jika pihak DBP sudi menghulurkan bantuan. Saya dahului dengan ucapan terima kasihTahniah kerana sdr. terpilih menjalani program Fulbright Foreign Language di Amerika Syarikat. Untuk rekod, silalah tulis surat permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur bagi mendapatkan bahan rujukan dalam pengajaran Bahasa Melayu di Amerika Syarikat. Lain-lain19.03.2008
di antara luar negara dan luar negeri yang manakah betul untuk menggambarkan luar dari malaysia.Kedua-duanya betul apabila merujuk luar dari Malaysia. Kata foreign misalnya diterjemahkan kepada luar negeri dalam bahasa Melayu, walau bagaimanpun luar negara juga betul berdasarkan konteks negara.Tatabahasa24.08.2011
Good morning, dear Sir / Madam. I would like to consult about the difference of Dasar Luar Negara and Dasar Luar Negeri. Amongst the two, may I know which one is a more accurate version for translation of foreign policy of the country? Thank you.Salam sejahtera,

Tuan,

Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan luar negeri merujuk kepada negeri asing.

Tiada entri yang merujuk kepada luar negara.



Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.07.2019
12

Kembali ke atas