| apakah perkataan atau ayat dalam bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan Inggeri "Going forward". Contoh ayat: "Going forward, we foresee that the competition would be on attractive packages with good Internet access" terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "going forward". Setelah membuat rujukan kami mendapati perkataan ini ialah "jargon" dalam bidang perniagaan yang bermaksud "in the future", "from now on" atau "as we proceed into the future". Berdasarkan maksud dalam bahasa Inggeris tersebut, perkataan tersebut mungkin boleh diterjemahkan kepada "pada masa depan." | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2013 |