Mohon Penterjemahan istilah "Forest Trails" dan "activation spaces" dalam konteks pengaktifan taman awam. | Kami mencadangkan "forest trails" dan "activation spaces" diterjemahkan sebagai "denai hutan" dan "kawasan pengaktifan", bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2020 |
Hai, saya nak tahu istilah untuk "Forest" yang berkaitan dengan Directory, istilah IT | Istilah " FOREST" yang berkaitan bidang IT ( teknologi maklumat) masih belum wujud dalam pangkalan data kami. | Istilah | 03.07.2018 |
Apakah penjodoh bilangan bagi "hutan"? Apakah terjemahan yang terbaik bagi "a forest of growing trees"? | Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Secara hurufiah terjemahan bagi a forest of growing trees ialah hutan yang ditumbuhi pokok-pokok. Walau bagaimanapun sila berikan ayat sebelum atau selepas frasa tersebut untuk mendapat terjemahan yang tepat. | Lain-lain | 19.08.2010 |
Salam. Saya ingin mendapatkan kepastian jika perkataan -perkataan di bawah ini perlu diitalikkan atau dicondong. 1) Fragile Forest ( nama tempat ) 2) istilah 'boring' dalam sebiah ayat yang memberikan makna perkataan itu Perlukah Fragile Forest dan boring dicondong atau diitalikkan? Terima kasih. | 1. Nama tempat tidak perlu diitalikkan. 2. Perkataan boring ialah bahasa Inggeris dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan, ejaannya perlu diitalikkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.03.2015 |
Mohon bantuan terjemahan kepada Bahasa Malaysia. Terima kasih. Objectives and Scope of Audit The objectives of the independent auditing are: • To ensure continuous compliance of SFMLA/LTL holders with the terms and conditions of Sustainable Forest Management Licence Agreement (SFMLA) or Long Term Licence Agreement as well as legal compliance with Malaysian laws and in confirmation with the EU-FLEGT of TLAS requirement; • To improve the performance of the SFMLA/LTL holders with systematic monitoring on the ground; • To upgrade the skills and capacity of the Sabah Forestry Department’s Officers in carrying out auditing works; • To instill transparency and professionalism of forest managers. • To evaluate the corrective action taken by the SFMLA/LTL holders to address non-conformance issues raised in the previous audit. The scope of the audit covers all aspects of forest operations in the SFMLA/LTL areas including observation of licence conditions, Forest Management Plan, Annual Work Plan, and scrutinizing of respective laws and regulations as stated in the TLAS requirements. | DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Tuan boleh menterjemahkan dahulu dokumen daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan terjemahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2014 |
Assalamualaikum Tuan, 1. Dalam penulisan, adakah judul buku perlu dimiringkan dan diletakkan tanda petik? Contohnya: Buku "The Forest Seeds Story" telah diterbitkan oleh FRIM. 2. Adakah perlu diletakkan tanda petik dan dimiringkan bagi penulisan dalam bahasa Melayu untuk tajuk projek dalam bahasa Inggeris? Contoh: Projek yang bertajuk " The Future of Medicinal Plants in Malaysia" telah dibentangkan di....... 3. Nama khas dalam BM tetapi ada terjemahannya dalam BI, perlukah terjemahan nama khas tersebut yang diletakkan dalam tanda kandung dimiringkan? Contoh ayat: Saya bekerja di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Forest Research Institute). Sekian, terima kasih. | 1. Dalam penulisan, judul buku perlu dimiringkan. 2. Untuk tajuk projek yang telah dimasukkan dalam tanda petik, tidak perlu dimiringkan. 3. Nama atau judul yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan dimasukkan dalam tanda kurung, tidak perlu dimiringkan. | Karya | 17.07.2019 |
Istilah bahasa Inggeris untuk 'hutan simpan' | forest reserve | Istilah | 19.04.2011 |
Salam Saudara, Saya nak menyemak ejaan untuk papan tanda seperti di bawah: 2-ekar pembangunan " Rainforest Themed " pertama di Malaysia Sekian Terima Kasih. | Paparan awam termasuk papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Perkataan rain forest themed perlu diterjemahkan, seperti "bertemakan hutan hujan", namun perlu dijelaskan konsep bertemakan dalam frasa tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2016 |
Mohon semak terjemahan kepada Visi dan Misi seperti di bawah: VISION To provide leadership in advancing the country’s tropical forestry research, development, commercialisation and application. MISSION To intensify R&D, engaging community for benefit sharing, enhancing technology transfer and strengthening science-based knowledge in addressing local and global forest-related issues affecting the country’s biodiversity, environment and industries. VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. Sekian, terima kasih. | VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu program penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. | Lain-lain | 22.11.2017 |