Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata form


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, soalan saya berkaitan bidang linguistik. Apalah padanan untuk "definite form" dan "indefinite form"? Terima kasih.Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

definite form - bentuk tentu
indefinite form - bentuk tak tentu

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain29.12.2021
FORMBORANG/BENTUKIstilah15.11.2010
Apakah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada istilah 'point form'? Contohnya dalam ayat " Jika kamu tiada masa untuk menulis jawapan di dalam perenggan, kamu boleh menulis jawapan (dalam bentuk) point form"Terjemahan yang dicadangkan untuk "point form" ialah isi penting.Istilah29.03.2016
SAYA PELAJAR FORM 6 DAN SAYA NAK TAHU DEFINISI FOROLOGI,MOFOLOGI,SIMENTIKFonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Morfologi bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.Makna20.05.2009
Kenapa DBP menggunakan short form DALAM website? Click URL yang diberi, iaitu penggunaan 'short-form' dalam penerangan istilah. contohnya - dgn, utk, yg Kindly rectify. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memastikanUntuk makluman tuan, singkatan ejaan hanya digunakan dalam huraian bagi meminimumkan penggunaan ruang dalam kamus.Ejaan31.03.2015
Adakah perkataan Google Form, Google Classroom perlu di tulis secara condong?Frasa "Google Classroom dan Google Form" merupakan kata nama khas dan tidak perlu ditulis condong.Lain-lain07.08.2023
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi istilah Shape and Form dalam bidang fotografi?Untuk makluman, pihak DBP masih belum mempunyai padanan bagi istilah Shape and Form. Sungguhpun begitu dicadangkan supaya diterjemahkan kepada Rupa dan Bentuk.Penyemakan dan penterjemahan16.11.2017
Adakah penggunaan short form boleh digunakan dalam surat jemputan rasmi? contoh 12.30 tengah hari dipendekkan menjadi 12.30 tgh. hari / 2.00 ptg.

Singkatan umum dalam surat jemputan rasmi yang lazimnya digunakan ialah  s. k. (salinan kepada), b. p. (bagi pihak), u. p. (untuk perhatian) dan sebagainya. Singkatan juga dibolehkan untuk gelaran, seperti Dr. (Doktor), Prof. (Profesor) dan sebagainya.

 

Disarankan menggunakan ejaan penuh, contohnya “tengah hari” dalam ayat lengkap surat jemputan yang sifatnya rasmi, namun singkatan “tgh.” lazimnya dibolehkan penggunaannya dalam lampiran atur cara bagi surat rasmi. (Contohnya 12.00 tgh. - Perasmian).

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Modul Asas Tatabahasa dan Penulisan Dokumen Rasmi (DBP, 2016), halaman 38 – 39 dan Gaya Dewan (DBP, 2023), halaman 169 – 175.

Penyemakan dan penterjemahan29.09.2025
Bagaimanakah penulisan 'Short Form' untuk Jurutera 'Engineer' dalam Bahasa Melayu? Contoh: Ir. Mohd Salaim bin Ali Adakah betul penggunaan (Ir.) tersebut?

'Ir.' ialah kependekan 'Insinyur' (Jurutera). Penggunaan Ir. dalam contoh yang diberikan adalah betul.

Lain-lain08.10.2008
Adakah "orang-orang" bentuk jamak (plural form) untuk "orang"? Yang manakah ayat yang betul (1) orang ramai berkumpul di hadapan stadium. (2) ramai orang berkumpul di hadapan stadium.

Gunakan penanda jamak seperti ramai untuk menggantikan orang-orang.

Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

Lain-lain13.12.2022
1234

Kembali ke atas