| salam sejahtera. Kemusykilan : Yang manakah betul antara frasa berikut : " Antara yang berikut, manakah pernyataan yang betul tentang maksud fotosintesis?" ATAU " Antara berikut, yang manakah betul tentang maksud fotosintesis?" ATAU " Yang manakah betul antara berikut tentang maksud fotosintesis?" Terima kasih. | Frasa yang gramatis ialah "Antara berikut, yang manakah betul tentang maksud fotosintesis?" | Tatabahasa | 11.09.2014 |
| 1. Adakah ayat ini betul: Amira meminta Alice menerangkan semula tentang proses fotosintesis. Boleh saya tahu cara yang betul untuk penggunaan ‘tentang’ 2. Apa beza Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu? Terima kasih | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 278), kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana pula, "tentang" mempunyai maksud yang sama dengan "berkenaan atau berkaitan dengan; mengenai". Oleh itu, "tentang" boleh digunakan mengikut kesesuaian sebagaimana penerangan ini. "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia", kedua-duanya boleh digunakan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan "bahasa Melayu" ialah bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, pada 4 Jun 2007 kabinet memutuskan "bahasa Malaysia" turut digunakan selain daripada "bahasa Melayu" untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. | Makna | 11.10.2022 |
| Mohon DBP untuk berikan jawi berikut: 1. psikofarmakologi 2. elektroensefalografi 3. neurotransmiter 4. hipotalamus 5. sinaptogenesis 6. spektrofotometri 7. fotosintesis 8. metamorfosis 9. kromosom 10. mitokondria 11. ribosom 12. nukleus 13. kloroplas 14. elektromagnet 15. termodinamik 16. kuantum 17. atmosfera 18. stratosfera 19. kontemporari 20. cendekiawan 21. laboratorium 22. graviti 23. galaksi 24. bakteria 25. hormon 26. protein 27. karbohidrat 28. stetoskop 29. teleskop 30. makmal 31. anestesiologi 32. bronkodilator 33. kardiovaskular 34. dermatologi 35. endokrinologi 36. farmakokinetik 37. gastroenterologi 38. hematologi 39. imunoglobulin 40. karsinogenik 41. laringoskop 42. mikroorganisma 43. nefrologi 44. oftalmologi 45. patofisiologi 46. radiografi 47. sitoplasma 48. toksikologi 49. ultrasonografi 50. ventrikel 51. xeroftalmia 52. zoonosis 53. arteriosklerosis 54. bioteknologi 55. kriopreservasi 56. deoksiribonukleik 57. epidemiologi 58. farmakovigilans 59. homeostasis 60. interferon Sekian, terima kasih. | Mohon rujuk laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my) atau Kamus Dewan Perdana untuk menyemak ejaan Jawi. Bagi istilah saintifik, pihak tuan boleh mengekalkan ejaan Rumi bagi perkataan tersebut. | Lain-lain | 13.07.2026 |