Mencari terjemahan : 1.Qualified Issuer Framework 2. Seasoned Bond Framework | Sila berikan contoh perkataan bersama-sama ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat | Makna | 18.06.2020 |
apakah istilah bahasa melayu bagi conceptual framework. | Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa yang khusus untuk "conceptual framework". Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk "conceptual", iaitu konseptual atau konsep. Istilah untuk "framework" pula ialah kerangka atau rangka. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kerangka konseptual. | Istilah | 12.03.2013 |
1. Adakah sesuai penggunaan alih bahasa bagi perkataan framework kepada "kerangka" atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. | Istilah bahasa Melayu untuk framework ialah rangka kerja (untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web prpm.dbp.gov.my | Makna | 27.07.2020 |
Apakah maksud perkataan learnability dalam Bahasa Melayu. Apakah perbezaan kerangka kerja dan rangka kerja ? Jika dalam bidang IT, apakah perkataan yang sesuai digunakan, kerangka kerja atau rangka kerja bagi istilah framework. | Untuk makluman, istilah learnability tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah kebolehan belajar. Istilah bahasa Melayu untuk framework ialah rangka kerja (bukan kerangka kerja). Istilah rangka kerja digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan juga bidang yang lain. | Istilah | 03.10.2012 |
Apakah perbezaan di antara kerangka kerja dan rangka kerja? | Istilah bahasa Melayu untuk framework ialah rangka kerja (bukan kerangka kerja). Istilah rangka kerja digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan juga bidang yang lain. | Tatabahasa | 13.02.2013 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Archer policy" diterjemahkan sebagai "Dasar Archer"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Contoh ayat: RSA Archer® Policy Program Management provides the framework to help organizations establish a scalable and flexible environment to manage corporate and regulatory policies and ensure alignment with compliance obligations. This includes documentation of policies and standards, assigning ownership and mapping policies to key business areas and objectives. Sumber: https://community.rsa.com/docs/DOC-32957 Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut carian kami, ARCHER merupakan kata nama khas yang mempunyai tanda R. Ejaan nama tersebut dikekalkan. Penggunaan Dasar Archer boleh digunakan bagi padanan Archer Policy. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |