Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fra.sa] | فراسا

Definisi : kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fra.sa] | فراسا

Definisi : satu kata atau lebih yg dpt bertugas sbg subjek, predikat atau objek dlm pembinaan sesuatu ayat spt buku dlm ayat Saya membaca buku atau dua buah buku itu dlm ayat Dua buah buku itu ditulis olehnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata frasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mohon bantu saya untuk memberikan padanan/terjemahan yang sesuai bagi frasa-frasa berikut dalam bahasa Melayu: a) Blood libel b) Survival of the fittestMohon berikan frasa-frasa berikut dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang berseuaian mengikut konteks ayat.Makna26.09.2021
Salam. Setahu saya, kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Adakah kata pemeri "adalah" digunakan di hadapan "kata kerja"?Kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, bukan di hadapan kata kerja.Tatabahasa15.01.2022
Salam Sejahtera, Saya ingin memohon semakan serta pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Frasa-frasa ini akan digunakan sebagai teaser bagi fasa seterusnya dalam kempen kami. Justeru, kami amat berharap pihak DBP dapat membantu menyemak kesesuaian frasa tersebut agar selari dengan tatabahasa yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam konteks komunikasi rasmi. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: Nantikannya di stesen PETRONAS. Sesuatu yang istimewa akan tiba! Nantikannya, pasti buat anda teruja! Ada kejutan istimewa menanti. Tunggu! Terimak kasih.

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

1.  Hadiah menarik menanti anda di stesen PETRONAS!

 

2. Nantikan ... anda pasti teruja!

 

3. Kejutan istimewa menanti anda. Nantikan!

 

Ayat ini betul dan boleh digunakan:

Sesuatu yang istimewa akan tiba!

Tatabahasa04.08.2025
Sangat besar sekali, amat besar sekali, sungguh besar sekali, agak besar sekali, frasa-frasa adjektif tersebut betul?

Frasa adjektif yang betul ialah:

·         Sangat besar

·         Besar sekali

·         Amat besar

·         Agak besar

·         Sungguh besar

·         Besar sungguh

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 259-260.

Tatabahasa28.10.2024
Salam sejahtera. Frasa yang mana yang gramatis? (a) berkaitan aktiviti sukan (b) berkaitan dengan aktiviti sukan Dalam Kamus Dewan terdapat frasa-frasa yang berikut: (c) hal-hal yang dengan kewangan (d) perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajaran Kemusykilan ini saya panjangkan kerana jawaban yang saya terima ialah (a). Sila berikan pencerahan. Sekian.

Kedua-dua frasa adalah gramatis, namun bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain16.03.2022
Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang terjemahan frasa-frasa berikut: (1) a moderately prosperous society in all respects (masyarakat yang sederhana makmur secara menyeluruh), (2) The Five-Sphere Integrated Plan (Rancangan Bersepadu Lima Aspek), (3)The Four-Pronged Comprehensive Strategy (Strategi Komprehensif/menyeluruh Empat Serampang), (4)Take Targeted Measures Against Poverty (mengambil langkah bersasar bagi membasmi kemiskinan. Sekian, terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan/Puan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Berikan juga nama penuh, jawatan, alamat dan nombor telefon. Pihak kami akan menyediakan sebut harga berserta tempoh penyemakan.

Sila hantar semula soalan satu per satu atau hanya soalan yang benar-benar mengelirukan untuk kami bantu dari aspek tatabahasa, contohnya penggunaan kata sendi nama, kata hubung atau tanda baca.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan merujuk soal jawab pada pautan Juga Ditemukan dalam: dan pilih Khidmat Nasihat, pada lajur sebelah kanan.

 

Penyemakan dan penterjemahan02.10.2025
Betul ke frasa "kebanyakan daripada kita" kalau ikut tatabahasa Melayu? Ada ke frasa lain yang sesuai untuk menggantikan frasa itu?

Frasa "kebanyakan daripada kita" betul dari segi tatabahasa. Cadangan frasa lain yang sesuai untuk menggantikan frasa tersebut ialah “sebahagian besar daripada kita”, “kebanyakan kita”, “majoriti kita” atau “ramai antara kita”. Walau bagaimanapun, frasa-frasa tersebut harus digunakan bersesuaian mengikut konteks ayat.

Tatabahasa09.12.2025
Sudah lama saya tidak pulang ke kampung, (entah-entah/lama-lama/kira-kira) dia sudah tidak tinggal di situ lagi. Bolehkah memberi maksud serta penggunaan frasa-frasa tersebut? Terima kasih!
Penggunaan yang betul ialah entah-entah. Entah-entah membawa maksud kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan.
Tatabahasa29.04.2021
Tolong berikan kunci kereta ini kepada ayah. Maaf, saya ingin bertanya tentang pola ayat. Adakah pola ayat ini Frasa nama +Frasa Sendi Nama? Adakah betul kerana saya kurang pasti? Mohon penjelasan. Terima kasih.Ayat yang dinyatakan terdiri daripada Frasa kerja + Frasa sendi namaTatabahasa03.06.2020
Salam Sejahtera, Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "iyang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - 2 Tahun Minyak Percuma!* - Hanya belanja menggunakan Setel atau tekan nombor telefon - Minimum RM50 seminggu - Minimum RM10 seminggu - Isi Kemeriahan - Ini Baru Mesra - Imbas kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk ketahui lebih lanjutAyat pengiklanan yang sesuai bagi konteks ayat yang diberikan ialah:
2 Tahun Minyak Percuma!
Hanya perlu belanja melalui Aplikasi Setel atau masukkan nombor telefon.
Minimum RM10 - RM50 (seminggu)
Nikmati Kemeriahan, Ini Baru Mesra.
Imbas Kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa09.12.2025
12345678910...

Kembali ke atas