| Pertanyaan mengenai perjemahan perkataan 1) 'Prominence' dalam bahasa melayu. Ayat dalam B.Inggeris: " Globalisation and free free trade has gained prominence over the past decades" Ayat dalam B.Melayu : 2) Perjemahan 'Worst Case Scenario' dalam B.Melayu | Terjemahan Prominence dalam bahasa Melayu bagi ayat yang dinyatakan ialah menyemarakkan 1. Globalisasi dan perdagangan bebas telah menyemarakkan keuntungan lebih dari sedekad. 2. Worst Case Scenario- kejadian paling buruk | Istilah | 24.09.2018 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk frasa "big wall climbing", "free wall climbing", "free climbing" dan juga "free soloing" dalam konteks sukan pendakian dinding/batu. Rujuk: https://www.evorock.com/blog/2016/07/13/3694/#:~:text=In%20free%20climbing%2C%20the%20climber,in%20case%20of%20a%20fall. Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah big wall climbing ialah panjat tembok besar, free wall climbing ialah panjat tembok mandiri, free climbing ialah pendakian mandiri dan free soloing climbing ialah pendakian solo mandiri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.09.2022 |
| Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan, Apakah padanan yang sesuai bagi free weight equipment? Berikut merupakan maksud bagi free weight equipment. Free weights include dumbbells, barbells, medicine balls, sandbells, and kettlebells. Unlike weight machines, they do not constrain users to specific, fixed movements, and therefore require more effort from the individual's stabilizer muscles. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Cadangan padanan tersebut ialah kelengkapan pemberat bebas. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.07.2019 |
| FREE 20 POINT INSPECTION (CAR SERVICE) best translation in Bahasa Melayu? | Terjemahan yang dicadangkan ialah PEMERIKSAAN PERCUMA UNTUK 20 TEMPAT (SERVIS KERETA) | Penyemakan dan penterjemahan | 03.06.2016 |
| Selamat sejahtera tuan, saya dah cuba rujuk pangkalan data tuan, namun tidak saya temukan. Jadi, saya ingin bertanya apakah terjemahan yang tepat bagi 'free-standing'. Contohnya dalam pengelasan khemah. Khemah 'free-standing' perlukan tiang. Namun, ada pula tak memerlukan tiang sebaliknya perlukan struktur lain sebagai sokongan. Terima kasih, tuan. | Dalam data rujukan kami, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu bagi free standing, iaitu bebas dan sendiri. Sila rujuk free+standing&d=69812&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=free+standing&d=69812&#LIHATSINI . | Penyemakan dan penterjemahan | 31.01.2018 |
| Adakah betul terjemahan ini: Free market entry - bebas keluar masuk pasaran | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan Free market entry dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan Free market entry supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 27.09.2017 |
| Selamat sejahtera, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya. Perkataan "hand free" jika diterjemahkan di dalam bahasa Melayu menjadi "peranti bebas tangan" atau "alat peranti bebas tangan"? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Pihak kami mencadangkan "hands-free" diterjemahkan sebagai "bebas tangan". "Peranti bebas tangan" pula merupakan padanan bagi istilah "hands-free device". | Istilah | 17.08.2020 |
| Apakah terjemaan istilah ' hand free phone' dalam bahasa Melayu. Contoh ayat: Semasa memandu kereta kita hendaklah menggunakan talipon "hand free" demi keselamatan. | Cadangan terjemahan ialah telefon bebas tangan. | Istilah | 30.09.2010 |
| saya ingin bertanya ada tak terjemahan untuk 'free size' bagi memberi maklumat mengenai baju yang ingin dijual? | "free size" boleh digunakan sebagai "saiz bebas". | Tatabahasa | 29.03.2013 |
| Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut; 1) Emergency break glass 2) Direct current standby battery free maintenance(Contoh : 12 volt /7AH DC standby battery (free maintenance) Salam hormat Rita | 1. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Emergency break glass ialah Kaca Pemecah Keselamatan. 2. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Direct current standby battery free maintenance dengan mengikut contoh yang diberikan seperti berikut: Bateri Pengganti 12 volt/7AH Arus Terus (Penyelenggaraan Percuma) | Istilah | 25.04.2018 |