Selamat sejahtera tuan, saya dah cuba rujuk pangkalan data tuan, namun tidak saya temukan. Jadi, saya ingin bertanya apakah terjemahan yang tepat bagi 'free-standing'. Contohnya dalam pengelasan khemah. Khemah 'free-standing' perlukan tiang. Namun, ada pula tak memerlukan tiang sebaliknya perlukan struktur lain sebagai sokongan. Terima kasih, tuan. | Dalam data rujukan kami, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu bagi free standing, iaitu bebas dan sendiri. Sila rujuk free+standing&d=69812&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=free+standing&d=69812&#LIHATSINI . | Penyemakan dan penterjemahan | 31.01.2018 |
Jika begitu tuan, istilah 'non free-standing tent' akan diterjemahkan sebagai 'khemah bukan bebas dan bukan sendiri' ke? Atau cadangan daripada pihak tuan? | Tidak ada maklumat tentang non free standing tent dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun padanan "khemas bukan bebas" adalah paling hampir dengan konsep atau fungsi alat berkenaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.02.2018 |