Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fuel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan untuk fuel additives dalam bahasa melayu?
Salam. Istilah bagi  fuel additives ialah bahan tambahan bahan api iaitu dalam bidang kejuruteraan.
Istilah07.06.2017
salam...nak cek maksud PORT FUEL INJECTION dalam bahasa melayu.istilah dalam automotif.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Port Fuel Injection ialah liang pancitan bahan api. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk Kamus Kejuruteraan Automotif, terbitan DBP. Lain-lain26.10.2010
Salam sejahtera, Manakah yang sesuai digunakan bagi terjemahan "Fuel stop"? a) Perhentian minyak b) Perhentian bahan api c) Lain-lain (cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih.

Terjemahan untuk ‘fuel stop’ boleh ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ atau ‘ ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ bergantung pada tempat yang puan maksudkan. Di Malaysia, ‘petrol station’ ialah ‘stesen minyak’  manakala kebanyakan ‘fuel’ merujuk pada bahan api.

Makna26.01.2015
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu untuk perkataan-perkataan yang berikut: 1) screenshot 2) torque 3) fuel consumption Thanks HanaIstilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. Torque pula bermaksud tork atau kilas. Fuel consumption ialah penggunaan minyakMakna28.03.2017
commercialize the Syn-fuel hybrid gas generator for renewable energy application.Terjemahan yang dicadangkan ialah mengkomersialkan penjana gas hibrid bahan api sintetik untuk penggunaan tenaga diperbaharuPenyemakan dan penterjemahan10.12.2015
bahasa melayu bagi "Commercialization of syn-fuel hybrid gas generator"Terjemahan yang dicadangkan ialah pengkomersialan penjana gas hibrid bahan api sintetikPenyemakan dan penterjemahan10.12.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya ketepatan maksud dan penggunaan bahasa untuk terjemahan berikut: Empower Every Future - Memperkasakan masa depan semua Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan semua Free Your Future - Bebaskan masa depan anda Free to Dream - Impian tanpa batas Ambition in Motion - Rentak impian Passion in Pursuit - Semangat di setiap langkah - konteks adalah penggunaan dalam industri pengiklanan dan menggunakan kaedah localisation.

Cadangan padanan terjemahan bahasa Melayu yang diberikan sesuai digunakan mengikut konteks dengan penambahbaikan seperti yang berikut:


1.
Empower Every Future - Memperkasakan masa depan
2. Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan
3. Free Your Future - Serlahkan masa depan anda
4. Free to Dream - Impian tanpa batas
5. Ambition in Motion - Dorongan dalam mencapai aspirasi
6. Passion in Pursuit - Semangat dalam setiap langkah
Penyemakan dan penterjemahan10.07.2025
Contoh ayat: "While speed remains the determining factor in races, fuel efficiency is the game changer this year." Apakah istilah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi perkataan "game changer"?Untuk terjemahkan yang lebih tepat boleh dipanjangkan kepada Institut Terjemahan Malaysia atau Persatuan Penterjemah Negara. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan "Pengubah Permainan".Penyemakan dan penterjemahan26.04.2014
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberi terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Truck-in Oven 2.Walk-in Oven 3. Slot Furnace 4. Pulverized Fuel Boiler 5. Stoker Fired Boiler Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang diberikan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 1. Truck-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 2.Walk-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 3. Slot Furnace - Relau Slot /Relau Lubang Alur
 4. Pulverized Fuel Boiler - Dandang Bahan Api mendebu
 5. Stoker Fired Boiler  - Dandang Bakar Pembubuh
Istilah26.04.2016
Bagaimana ayat dibawah dijemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. 1. Light Oil Burner 2. Gas Burner 3. Heavy Oil Burner 4. Dual Fuel Burner 5. Modulating Gas BurnerBerikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. Light oil burner: Penunu minyak ringan

2. Gas burner: Penunu gas

3. Heavy oil burner: Penunu minyak berat

4. Dual fuel burner: Penunu bahan api duaan

5. Modulating gas burner: Penunu gas pemodulasian



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.
Istilah14.04.2021
12

Kembali ke atas